Judul : Tidak Dibenarkan Guna Van Mayat Dan Ambulans, Lelaki Terpaksa Bawa Balik Mayat Isterinya Dari Hospital Tunggang Motosikal beritamalay3.blogspot.com
link : Tidak Dibenarkan Guna Van Mayat Dan Ambulans, Lelaki Terpaksa Bawa Balik Mayat Isterinya Dari Hospital Tunggang Motosikal beritamalay3.blogspot.com
Tidak Dibenarkan Guna Van Mayat Dan Ambulans, Lelaki Terpaksa Bawa Balik Mayat Isterinya Dari Hospital Tunggang Motosikal beritamalay3.blogspot.com
PURNIA India: Kerana tidak mampu untuk membayar perkhidmatan ambulans hospital atau menyewa van mayat, seorang lelaki terpaksa bersusah payah untuk membawa pulang mayat isterinya dari sebuah hospital kerajaan di wilayah ini, lapor HindustanTimes.
Menurut laporan itu, isteri kepada lelaki berkenaan Shankar Sah, 60, dari kampung Ranibari di daerah Purnia di negeri Bihar telah meninggal dunia selepas sakit di sebuah hospital kerajaan pada Jumaat lalu.
Namun, pihak hospital telah mengarahkan dia membawa pulang mayat isterinya itu tetapi apabila dia meminta bantuan sebuah kenderaan, mereka hanya memberitahu saya perlu menguruskannya semuanya sendiri.
Dia kemudian telah pergi berjumpa seorang pemandu ambulans di hospital tersebut namun lelaki berkenaan telah meminta bayaran sebanyak Rs2,500 (RM166).
Kerana tidak mampu, maka dia tiada pilihan lain menyebabkan beliau dan anak lelakinya, Pappu terpaksa membawa mayat isterinya itu pulang ke kampung menaiki motosikal untuk upacara pengebumian.
Insiden yang berlaku di Purnia ini berlaku hanya selepas sehari tersebarnya sebuah berita mayat seorang wanita miskin dibawa menggunakan tong sampah beroda dari Medical College Hospital Sri Krishna di Muzaffarpur ke rumah mereka selepas selesai bedah siasat.
Mayat wanita berkenaan dikatakan terpaksa disorong sejauh 500 meter sebelum mereka menahan beca untuk pulang selepas dan mendakwa mereka dinafikan hak untuk menggunakan perkhidmatan ambulans di hospital.
Selain itu pada Ogos 2016 lalu, seorang lelaki dari Odisha, Dana Manjhi juga dikatakan haknya dinafikan menggunakan kenderaan hospital menyebabkan dia terpaksa memikul mayat isterinya di atas bahu pulang ke kampung untuk upacara terakhir. - Siakapkeli.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIdrKy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tidak Dibenarkan Guna Van Mayat Dan Ambulans, Lelaki Terpaksa Bawa Balik Mayat Isterinya Dari Hospital Tunggang Motosikal beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Tidak Dibenarkan Guna Van Mayat Dan Ambulans, Lelaki Terpaksa Bawa Balik Mayat Isterinya Dari Hospital Tunggang Motosikal beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tidak-dibenarkan-guna-van-mayat-dan.html