Judul : Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com
link : Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com
Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com
Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Berhad bagi jangka masa yang lama kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian kerjasama strategik, baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) berpangkalan di China.
Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, dengan perjanjian itu, rakyat juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang selaras matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).
“Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia adalah peluang untuk menembusi pasaran China yang luas,” katanya.
Beliau berkata, transformasi Volvo dalam tempoh kurang lima tahun selepas diambil alih pengeluar kereta China itu juga akan dilaksanakan di Proton berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran. Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah.
Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasnya Li Shufu pasti yakin untuk
meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.
“Li Shufu ialah usahawan yang bukan saja akan membeli sesuatu atas dasar pengambilalihan. Beliau sudah mengkaji risiko dan daya maju untuk jangka masa panjang dan pendek dan dengan kapasiti pengeluaran Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatkan.
“Geely baru saja membuka kilang di London Taxi khusus untuk mengusahakan model kereta elektrik dan hibrid dan ini akan memberi impak positif kepada pengeluaran di Proton pada masa depan,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, syarikat induk Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris.
“Langkah ini akan membolehkan Proton memasuki segmen baru yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAgNgF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Terbaik beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tindakan-terbaik-beritamalay3blogspotcom.html