TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com

TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com
link : TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com

KUALA NERANG – Seramai 600 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah bersiap sedia bertugas selama 24 jam secara berjadual sepanjang sambutan Aidilfitri bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pengguna TNB negeri Ismail Lathifi Teh berkata pihaknya sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik supaya bekalan elektrik terus disalurkan kepada penduduk di seluruh negeri untuk memastikan mereka menyambut hari raya tanpa sebarang masalah.

“TNB juga telah membuat persiapan dan membuat pemeriksaan di semua stesen janakuasa dan pencawang selain mempersiapkan pasukan yang akan ditugaskan secara berjadual 24 jam agar pengguna dapat perkhidmatan yang pantas sekiranya sesuatu bekalan terputus,” katanya kepada Bernama pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang di Masjid Jamek Al-Islah, Kampung Perik, di sini, malam tadi.

Adun Kuala Nerang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hashim turut menyampaikan sumbangan barangan makanan dan duit raya kepada 110 asnaf di daerah Padang Terap pada majlis itu.

Dalam pada itu, Ismail Lathifi berkata pihaknya turut menyediakan empat set janakuasa set generator (Genset) berkapasiti antara 500 hingga 1,000 kilowatt sebagai alternatif lain bagi menghadapi gangguan elektrik.

“Ada kalanya berlaku sedikit gangguan di kawasan tertentu dengan Genset ini ia boleh membekalkan tenaga kepada tiga hingga empat kampung pada satu masa dan boleh digunakan secara berterusan sehingga bekalan dipulihkan.

“Setakat ini empat unit kita sediakan dari syarikat kontraktor TNB dan jika memerlukan lebih dari itu, kita akan pinjam dari negeri-negeri jiran lain agar masyarakat terus dapat menikmati bekalan untuk keselesaan mereka dihari perayaan,” katanya .

Selain itu, Ismail Lathifi juga mengharapkan supaya masyarakat dapat menggunakan tenaga elektrik secara berhemah kerana kadang-kala ia boleh menyebabkan gangguan bekalan yang disebabkan kebakaran.

“Kalau nak balik kampung kena pastikan perkakasan elektrik dirumah ditutup, kalau hendak pasang lampu gunalah jenis ‘timer’ yang akan padam waktu siang, agar tidak terpasang terlalu lama hingga boleh terbakar.

“Ini semua perlu diambil berat supaya Hari Raya yang disambut nanti memberi kemeriahan bukan kesedihan akibat ditimpa bencana akibat kecuaian kita sendiri,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUifw0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TNB Kedah Bertugas 24 Jam Pada Hari Raya beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tnb-kedah-bertugas-24-jam-pada-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :