Judul : Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com
link : Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com
Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Pengalaman pernah bekerja di beberapa restoran eksklusif sekitar ibu negara digunakan sebaik-baiknya ibu tunggal ini sehingga mampu mengusahakan perniagaan makanannya sendiri.
Marissyah Reyes Abdullah, 25, berkata, dia nekad mengusahakan perniagaan kepak ayam Putra Chicken Wing Ayam Madu sejak tiga tahun lalu selepas yakin dengan pengalaman diperoleh bekerja di beberapa restoran eksklusif di ibu kota.
“Impian membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan memang menjadi cita-cita saya kerana mahu menambah baik ekonomi keluarga dan bukan berpuas hati setakat kerja makan gaji.
“Sebab itu, tiga tahun lalu saya fikir mungkin tiba masanya saya cuba membuat resipi sendiri dan alhamdulillah ‘air tangan’ saya menjadi apabila perniagaan semakin berkembang,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Taman Tenaga, Cheras, di sini.
Marissyah antara usahawan wanita tempatan yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).
Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanakan komitmen secara global untuk memperkasakan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.
Bercerita lanjut, ibu kepada Putra Hamsyari Jeffrey, 7 dan berasal dari Sandakan Sabah ini berkata, dia tetap percaya pada rezeki diatur Allah SWT walaupun terpaksa bersaing dengan ramai peniaga lain yang lebih berpengalaman.
“Bagi saya setiap rezeki kita sudah tertulis dan saya sekadar mencuba nasib mengikut perancangan sendiri sambil berdoa agar usaha ini diterima Allah dan pelanggan yang menjadi tulang belakang perniagaan ini.
“Alhamdulillah, jualan semakin baik sejak mengikuti program 5by20 di bawah Coca-Cola KU dengan purata pendapatan sehari sebanyak RM1,000,” katanya yang turut dibantu dua pekerja iaitu adik ipar dan sepupunya.
Di Malaysia, program 5by20 adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan wanita tempatan akan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuhan perniagaan yang sewajarnya.
- Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6uozh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Untung RM1,000 Sehari Jual Kepak Ayam Madu Bakar beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/untung-rm1000-sehari-jual-kepak-ayam.html