Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com

Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com
link : Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com

Ustazah Masa Kini

Assalamualaikum pembaca semua . Salam Ramadhan Kareem. Semoga dalam redha Allah selalu.

Saya adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang berumur 9, 7 dan 3 tahun. Saya ingin meluahkan perasaan mengenai fenomena masa kini ustaz ustazah yang mengajar agama ini.

Baru- baru ini viral mengenai seorang guru agama@ustazah yang menjadi model. Tinggi, kurus, putih dan bergaya. Realitinya masa kini ustaz ustazah bukan lagi seperti ustaz ustazah masa dahulu.

Penangan daripada media sosial membuatkan para asatizah juga tidak segan silu lagi berposing manja untuk tatapan kawan-kawan dan followers mereka.

2 minggu lepas, suami berkursus di Kuala Lumpur. Jadi, tugasan saya untuk menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah mereka. Dengan senang hati, saya mengambil kesempatan itu untuk mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak saya.

Semuanya okay seperti biasa. Cuma saya terkejut dengan penampilan seorang ustazah yang saya kira berlebihan. Ustazah S namanya. Ustazah ini datang ke sekolah dengan bersolek tebal bersama gincu yang merah terang. Tudungnya tidak labuh, seperti tudung biasa layaknya. Sarung tangan juga tiada.

Sungguh saya sangat terkejut. Ustazah S ini mengajar subjek agama di Sekolah bertaraf Kebangsaan. Tapi penampilannya seperti lagak guru biasa. Tabarruj dan berlebihan.

Adakah realitinya ustazah masa kini perlu untuk tampil sebegitu di sebuah sekolah rendah ? Tidak dinafikan penampilan itu perlu tapi bukankah yang bersederhana itu adalah yang sebaiknya dalam agama Islam.

Ustaz ustazah patutnya alim. Alim disini bermaksud lebih mengetahui. Sewajarnya ustazah yang mengajar agama lebih mengetahui aspek penampilan dan hukumnya bersolek tebal dalam kehidupan seharian. Tambahan pula mereka berurusan dengan manusia. Wajarkah mereka melebih-lebih dalam penampilan.

Apabila saya melayari fb pula, sekali lagi mata saya tertancap di fb Ustazah S ini. Ye, seperti mana penampilan di luar. Di fb pun begitu juga. Tidak segan silu berselfie, berposing, berpeluk bersama suami yang ironinya adalah ustaz juga yang mengajar di sekolah yang sama. Anak saya bagitahu. Rupa-rupanya ustaz ustazah ini mengajar di sekolah yang sama.

Istighfar saya melihat penampilan sebegitu. Suaminya yang juga seorang ustaz agaknya begitu bangga isteri berposing di fb, upload gambar berpelukan tanpa ada rasa segan dan malu pada khalayak.

Saya tertanya-tanya adakah ustaz ustazah masa kini sudah tidak ada rasa segan lagi. Apakah tujuan upload gambar selfie suami isteri itu. Adakah untuk dipertontonkan pada kawan-kawan. Untuk mencari jumlah likes yang banyak ataupun untuk membaca comment memuji daripada friends dan followers. Wallahualam.

Ye, bukan semua ustaz ustazah berperangai sebegitu tetapi memang ada para asatizah ini yang mabuk dengan media sosial fb dan instagram. Dunia akhir zaman, semua tidak kira siapa suka mendapat pujian ataupun sibuk untuk mencari jumlah likes di fb dan instagram.

Apalah gunanya ilmu agama ustaz ustazah ini jika tidak dapat disalurkan untuk mengajar anak murid. Tidak hairanlah masa kini, kita dapat melihat anak-anak seawal usia muda sudah sibuk berselfie, berposing, bermakeup tebal. Jika ustazah di sekolah juga suka bermakeup tebal, apatah lagi murid-muridnya.

Gejala yang menakutkan melihat anak-anak muda tergedik-gedik di media sosial dengan selfie yang pelbagai rupa. Ustazah seperti Usatazah S dan suaminya juga turut terkena tempiasnya.

Sekadar luahan rasa saya sebagai seoarang ibu yang melihat perihal ustaz ustazah masa kini di media sosial. Semoga Allah melimpahi kita dengan hidayah dan taufiqnya selalu.

Puan Khamsiah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rB32y2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustazah Masa Kini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ustazah-masa-kini-beritamalay3blogspotc.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :