Judul : Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com
link : Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com
Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com
KUALA KRAI: Enam pelajar tahfiz terbunuh manakala sembilan lagi cedera parah apabila van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata van yang membawa pelajar tahfiz terbabit dikatakan terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah penduduk.
“Semua mangsa lelaki (berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun) itu dari Pusat Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang di sini dan dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi.
Nazili berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut kira-kira 9.45 pagi dan menghantar dua jentera dengan 12 anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, bomba mendapati lima mangsa tersepit dalam van berkenaan manakala sembilan lagi telah dibawa keluar oleh orang awam,” katanya.
Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan. #sumber
Demikianlah Artikel Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Van Terbabas: Enam Pelajar Tahfiz Maut & Sembilan Lagi Tercedera ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/van-terbabas-enam-pelajar-tahfiz-maut.html