Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com

Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com
link : Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com



PETALING JAYA: Thean See Xien menghafal 113 lagu kebangsaan sejak 15 tahun lalu, tetapi lagu Negaraku masih mendapat tempat istimewa di hatinya.

See Xien, 31, sebak apabila mendengar asal lagu kebangsaan Malaysia semasa TedTalk oleh komposer Saidah Rastam tahun lalu.

"Negaraku merupakan lagu kebangsaan pertama yang saya belajar. Ia pada asasnya merupakan lagu cinta mengenai seorang yang meluahkan perasaan cintanya pada negara kini dan kesanggupan kita melindunginya.

"Ia bercakap tentang Malaysia yang kita semua inginkan, dan kita seharusnya mendengar mesej yang dibawa di dalam lagu kebangsaan kita," katanya.

Peguam yang berasal dari Kuala Lumpur itu percaya rakyat Malaysia mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan sesama yang lain, dan ia tidak seharusnya dibayangi perbezaan sosial dan politik.

"Salah satu bait lagu Negaraku adalah tanah tumpahnya darahku.

"Sudah tentu saya berharap kita tidak menumpahkan darah secara literal, tetapi perlu ada kesanggupan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk meletakkan kehidupan mereka demi kepentingan negara," katanya.

See Xien mencuri perhatian kerana hobinya itu dan percaya semua lagu kebangsaan mencerminkan denyutan nadi negara.

"Sesebuah lagu kebangsaan mencerita tentang nilai yang dipunyai negara, dan apa yang penting kepada rakyat adalah semasa lagu itu dipilih," katanya.

Sebagai contoh katanya, lagu kebangsaan Perancis yang bertajuk 'La Marseillaise' yang diterima pakai pada 1975 semasa Revolusi Perancis, jadi ia merupakan seruan untuk menentang kezaliman dan pencerobohan asing.

"Lagu kebangsaan Britain iaitu 'God Save The Queen' pula meraikan identiti tiang negara itu iaitu rajanya," katanya.

See Xian berkata, dia perlu mengulangi lagu-lagu itu untuk menghafalnya.

"Saya mendengar sesebuah lagu kebangsaan di YouTube dan mengulanginya sehingga melodi itu melekat dalam kepala saya, dan kemudian saya melayari Wikipedia untuk mendapatkan liriknya.

"Kebiasaannya saya mendengar lagu pada waktu malam dan kemudian tidur bersama muzik berkenaan sehingga bait-bait liriknya berada dalam kepala," katanya sambil menambah dia mengambil masa kira-kira hari untuk menghafal sesebuah lagu kebangsaan.

See Xian hanya boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, tetapi fasih menyanyikan lagu-lagu kebangsaan dari serata Eropah, Asia, Utara dan Selatan Amerika, dengan sebutan yang hampir sempurna.

"Bagi saya, lagu kebangsaan Denmark bertajuk 'Der er et yndight' adalah yang paling susah kerana banyak hurut 'tersembunyi'," katanya.
Kata See Xien, dia baru sahaja menghafal lagu kebangsaan Myanmar.

"Hasrat saya adalah mempelajari lagu kebangsaan dari semua negara," katanya. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHIPJ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video : Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/video-hebat-hafal-113-lagu-kebangsaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :