Judul : [Video] Polis Metropolitan London Tembak Mati Tiga Suspek Dalam Lapan Minit beritamalay3.blogspot.com
link : [Video] Polis Metropolitan London Tembak Mati Tiga Suspek Dalam Lapan Minit beritamalay3.blogspot.com
[Video] Polis Metropolitan London Tembak Mati Tiga Suspek Dalam Lapan Minit beritamalay3.blogspot.com
Helikopter mendarat di atas London Bridge sejurus kejadian serangan terhadap orang awam berlaku. (Gambar: AFP)
Anggota polis kemudian bergegas ke lokasi kedua kejadian di Borough Market apabila dilaporkan berlaku serangan orang awam ditikam. Bagaimanapun, kejadian ketiga yang berlaku di Vauxhall disiasat polis tidak mempunyai kaitan dengan kejadian serangan kedua sebelum itu. Sebuah van putih dipercayai milik suspek terbabit dalam kejadian pertama dan laporan BBC juga berkongsi video yang dirakam menerusi kamera kereta sebuah teksi.
A taxi dashcam captures the scene moments after the London attack https://t.co/9BTXSIr3TP http://pic.twitter.com/usSmH2Bz8D
— BBC News (UK) (@BBCNews) June 4, 2017
Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam satu kenyataan memaklumkan beliau bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kejadian tersebut dan menyataan penghargaan pada pasukan bantuan kecemasan yang pantas bertindak ke lokasi kejadian.
“London Bridge Station ditutup dan orang awam diminta menjauhi diri dari kawasan tersebut. Situasi kejadian masih disiasat dan saya meminta penduduk London dan pelancong agar bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kami masih tidak tahu kejadian ini secara lanjut tetapi ia disifatkan sebagai sengaja dan pengecut terhadap masyarakat London dan pelancong yang tidak bersalah. Saya juga mengutuk sekeras-kerasnya kejadian ini dan tiada justifikasi terhadap kejadian keganasan seperti ini,” katanya.
Kenyataan polis Metropolitan terkini menyatakan kenderaan yang melanggar orang awam di London Bridge kemudian menuju ke lokasi kejadian kedua, Borough Market. Suspek bertindak meninggalkan kenderaannya dan beberapa mangsa ditikam.AC Rowley confirmed “At this stage, we believe that six people have died in addition to the three attackers shot dead by police."
— Metropolitan Police (@metpoliceuk) June 4, 2017
“Pasukan keselamatan bertindak pantas berhadapan dengan tiga suspek lelaki yang kemudian ditembak mati di Borough Market dalam masa lapan minit. Suspek seolah memakai jaket yang mengandungi bahan letupan tetapi dikenalpasti ia hanya andaian.
“Sehingga kini seramai enam mangsa meninggal dunia akibat diserang tiga suspek berkenaan yang berjaya ditembak mati polis. Sekurangnya 20 mangsa dibawa ke hospital sekitar London,” kata Assistant Commissioner, Mark Rowley.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTpTCZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel [Video] Polis Metropolitan London Tembak Mati Tiga Suspek Dalam Lapan Minit beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel [Video] Polis Metropolitan London Tembak Mati Tiga Suspek Dalam Lapan Minit beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/video-polis-metropolitan-london-tembak.html