Judul : WAKIL DAP DAKWA SOI LEK PERNAH AKUI MCA TERIMA DANA DARI NAJIB beritamalay3.blogspot.com
link : WAKIL DAP DAKWA SOI LEK PERNAH AKUI MCA TERIMA DANA DARI NAJIB beritamalay3.blogspot.com
WAKIL DAP DAKWA SOI LEK PERNAH AKUI MCA TERIMA DANA DARI NAJIB beritamalay3.blogspot.com
Kenyataan bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek dua tahun lalu kemungkinan boleh menyanggah penafian MCA Selangor bahawa parti itu menerima RM10 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa seorang wakil rakyat DAP.
Memetik wawancara Chua yang diterbitkan oleh cari.com.my pada bulan Oktober 2015, ADUN Kuala Kubu Baru Lee Kee Hiong berkata Chua, ketika itu mengakui bahawa Najib membantu mencari dana untuk parti-parti komponen BN menjelang pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu, Lee berkata adalah menjadi tanggungjawab MCA Selangor mendedahkan kenyataan bank mereka secara terbuka jika mereka serius mahu menangkis dakwaan Sarawak Report.
“Jika MCA Selangor percaya bahawa dakwaan yang dibuat oleh ‘pertubuhan media tanpa kredibiliti’ itu, maka mereka harus mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mendedahkan penyata bank kepada orang ramai.
“Dengan cara itu, orang ramai akan dapat membuat pendirian mereka sendiri,” kata beliau sambil menegaskan bahawa dakwaan Sarawak Report itu adalah serius kerana wang RM10 juta itu didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Lee menggesa MCA Selangor supaya tidak terburu-buru mengeluarkan penafian dan membiarkan polis membuat keputusan memandangkan laporan telah dibuat mengenai perkara itu.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t527Gw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel WAKIL DAP DAKWA SOI LEK PERNAH AKUI MCA TERIMA DANA DARI NAJIB beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel WAKIL DAP DAKWA SOI LEK PERNAH AKUI MCA TERIMA DANA DARI NAJIB beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/wakil-dap-dakwa-soi-lek-pernah-akui-mca.html