Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com

Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com
link : Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com


JAKARTA – Mitsubishi Indonesia akhirnya berjaya menemui keluarga seorang bayi lelaki dinamakan Pajero Sport yang sebelum ini menjadi tular di media sosial.

Wakil Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) bertemu bayi pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti itu kelmarin di kediaman mereka di Pamulang, Tengerang Selatan.

MMKSI menyatakan hasrat untuk bertemu bayi itu selepas kad yang mengumumkan kelahiran dan nama kanak-kanak berkenaan tular di media sosial.

Wakil MMKSI, Intan Vidiasari berkata, pihaknya gembira kerana dapat bertemu dengan bayi yang dinamakan sempena kenderaan pacuan empat roda popular keluaran Mitsubishi.


“Pak Muis sangat bersemangat menceritakan mengenai bayinya yang dilahirkan pada 1 Jun lalu.

“Dia sangat meminati Pajero Sport model terbaru terutama sekali rekaan lampu belakang kenderaan itu,” katanya.

Sementara itu, Muis memberitahu, dia dan isterinya sudah sepakat menamakan anak keempat mereka Pajero Sport.

“Kami sudah sepakat dan dalam proses untuk mendaftarkan nama itu,” jelasnya.

Muis berkata, dia memilih Pajero Sport untuk nama anaknya kerana melihat kenderaan itu yang besar, gagah dan boleh melepasi segala jenis laluan.

“Kebetulan anak saya lelaki dan saya berharap dia akan membesar menjadi gagah dan kuat seperti kenderaan ini,” katanya.

Intan memberitahu, dalam kunjungan itu pihaknya memberi sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan dan membawa keluarga itu bersiar-siar menaiki kenderaan Pajero Sport. – Agensi/myMetro Online


Demikianlah Artikel Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil Mitsubishi Temui Keluarga ‘Pajero Sport’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/wakil-mitsubishi-temui-keluarga-pajero.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :