Judul : Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com
link : Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com
Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com
Oleh Athirah Hanapiah
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan isu peletakan jawatan wakil parti itu di Kelantan akan diselesaikan sepenuhnya pada hujung Julai ini.
"Saya rasa pentadbiran di Kelantan bekerja mengikut suku tahun dan apa-apa pun proses, prosedur operasi... mereka tunggu sehingga suku pertengahan, jadi saya rasa akhir Julai," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini menyatakan bahawa wakil PKR di Kelantan tidak memberikan maklum balas, walaupun selepas arahan telah diberikan sebulan lalu.
Azizah menambah, PKR Pusat memahami wakilnya di Kelantan yang memerlukan masa sebelum bertindak keluar dari kerajaan negeri itu kerana ia membabitkan prosedur tertentu yang perlu mereka ikuti.
Semalam Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata wakil PKR di negeri itu akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perlu menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan pentadbiran.
Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan kononnya tidak wujud komunikasi dua hala antara kepimpinan pusat dengan wakilnya di Kelantan berhubung arahan peletakan jawatan wakil parti itu.
Katanya, PKR Pusat menerusi setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution sentiasa mengemaskini perkembangan proses peletakan jawatan wakilnya di negeri pimpinan PAS itu.
"Kita ada komunikasi dan memang setiausaha agung kita telah pergi berjumpa dengan PKR Kelantan, dan masalah ni memang akan diselesaikan kerana memang dalam urusan pentadbiran ada perkara yang terpaksa mereka lalui sebelum membuat keputusan untuk menarik diri," katanya.
Terdahulu, wakil PKR di Kelantan telah diarahkan Azizah untuk meletakkan kesemua jawatan mereka di negeri itu selepas PAS membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi bersama parti tersebut.
Namun, selepas sebulan arahan dikeluarkan, kerajaan negeri itu masih belum menerima sebarang surat perletakan jawatan daripada mana-mana wakil PKR di Kelantan sehingga ke hari ini.
Demikianlah Artikel Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wakil PKR Kelantan letak jawatan selewatnya Julai beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/wakil-pkr-kelantan-letak-jawatan.html