Judul : Walaupun Bulan Puasa Tapi Tetap Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari, Ikut Cara Ini beritamalay3.blogspot.com
link : Walaupun Bulan Puasa Tapi Tetap Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari, Ikut Cara Ini beritamalay3.blogspot.com
Walaupun Bulan Puasa Tapi Tetap Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari, Ikut Cara Ini beritamalay3.blogspot.com
Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Ini kerana air yang mencukupi membantu mengekalkan hidrasi, mengelak kelesuan dan kehausan pada siang hari.
Ditambah pula dengan keadaan cuaca panas yang tidak menentu, kesibukan melakukan kerja-kerja di pejabat dan kerja-kerja dirumah yang memang tak pernah habis, cukuplah meletihkan jika tak dapat minum air yang secukupnya.
Kami kongsikan waktu tepat minum air pada bulan puasa bermula semasa berbuka puasa sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari dalam menghadapi bulan ini.
Cadangan minum air ketika bulan puasa:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
INFO EKSTRA!
Selain itu disarankan juga agar;
Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur
Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
Minum Waktu Tidur
Peluang untuk minum hanya pada waktu malam. oleh itu, lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.
Pilih Makanan Ada Kandungan Air Tinggi
Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
Elak Minum Banyak Ketika Berbuka
Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sehingga hilang selera untuk makan.
Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air
Kita disarankan untuk berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Selain amalan sunnah, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi dan kandungan nutrisi yang cukup tinggi bagi membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs1JBw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Walaupun Bulan Puasa Tapi Tetap Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari, Ikut Cara Ini beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Walaupun Bulan Puasa Tapi Tetap Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari, Ikut Cara Ini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/walaupun-bulan-puasa-tapi-tetap-cukup.html