Judul : Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com
link : Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com
Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com
KUANTAN: Seorang wanita kritikal selepas kereta Honda Jazz dipandunya dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek di hadapan Kompleks Yayasan Pahang (KYP) Tanjung Lumpur, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 1.45 petang itu mengakibatkan mangsa berusia dalam lingkungan 20 tahun tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kejadian dipercayai berlaku apabila lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki menghala ke Sungai Soi di sini mengalami masalah brek dan merempuh kereta dipandu mangsa.
Lori itu kemudian hilang kawalan dan terbalik melintang jalan sebelum pemandunya yang turut mengalami kecederaan dikeluarkan orang awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kemalangan itu namun setakat ini tiada laporan polis dibuat. #sumber
Demikianlah Artikel Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Kritikal Kereta Di Rempuh Lori Tiga Tan Di Tanjung Lumpur ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/wanita-kritikal-kereta-di-rempuh-lori.html