Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com

Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com
link : Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com

PUTRAJAYA: Sehari selepas diarahkan bercuti oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings, Datuk Zakaria Arshad hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbekalkan dokumen berkenaan syarikat itu.
Ketua pegawai eksekutif dan presiden FGV Holdings itu berkata beliau dipanggil badan anti-rasuah itu.
“Saya dipanggil SPRM tetapi saya pun dah sedia. Hari ini tak ada cerita apa, cuma nak serah dokumen berkenaan FGV sahaja.
“Terpulang pada SPRM nak tanya apa,” katanya.
Semalam, Zakaria menyeru SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Jelas Zakaria, walaupun diarahkan bercuti serta-merta, beliau sedia memberi kerjasama untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk ketika sebelum beliau menjadi CEO lagi.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya.
Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti. #sumber


Demikianlah Artikel Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/zakaria-ke-sprm-serah-dokumen-bersedia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :