8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com

8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com
link : 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com






Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas tiga buah kotak yang dipercayai mengandungi dokumen berkaitan pembelian hotel empat bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Kesemua lapan orang anggota penguatkuasa suruhanjaya berkenaan turun ke lobi Balai Felda di Jalan Gurney, Kuala Lumpur pada jam 5.45 petang- selepas hampir 8 jam di bangunan berkenaan.
SPRM tiba di Balai Felda pada jam 10.20 pagi tadi.

Mereka turun ke lobi sambil membawa troli dengan tiga buah kotak berwarna kuning dan selepas itu, kesemua anggota penguatkuasa terus menaiki kereta tanpa bercakap kepada pihak media.

Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan, SPRM melakukan serbuan ke atas FIC ekoran pembelian hotel empat bintang di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015.

Ia ekoran, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan penyiasat membuka kembali kertas siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan.

Langkah itu diambil susulan suruhanjaya itu mendapat maklumat baru berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperoleh.

Menerusi maklumat siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

SPRM pada Mei 2015 tidak mendapati sebarang salah laku dalam transaksi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low memberitahu parlimen bahawa siasatan SPRM tidak menjumpai asas kesalahan mana-mana pihak dalam kes pembelian hotel Grand Plaza Kensington bernilai RM538 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pihak yang mempunyai maklumat tambahan boleh mengemukakannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

LIHAT VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/8-jam-serbuan-sprm-punggah-3-kotak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :