Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com

Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com
link : Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno Kelantan merasakan Amanah masih belum cukup pengalaman untuk bercakap soal memerintah, sekaligus mahu melantik pemimpin mereka sebagai menteri besar negeri itu.
 
Ketua Pembangkang Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah juga melihat peluang Datuk Husam Musa untuk menjadi menteri besar sangat tipis, apatah lagi Amanah hanya memiliki satu kerusi DUN di negeri itu.
 
Sekaligus, beliau menyifatkan cadangan Lim Kit Siang itu tidak lebih sekadar cakap-cakap kosong yang tidak menggugat kedudukan PAS mahupun Umno.
 
"Kosong. Omong-omong kosong sahaja. Ini pun omong-omong kosong sahaja Lim Kit Siang ini. Yang mana kita tidak merasakan gentar pun dengan kenyataan Kit Siang ini. 
 
"Parti baru, yang mana mesti dapat komitmen daripada rakyat juga. Parti baru ini kita tidak merasakan bahawasanya akan menggugat keadaan parti asal ini. PAS dan Umno. Kita mengharapkan Umno yang dapat memerintah di Kelantan bukan Amanah. 
 
"Bagi saya Husam ini tiada apa-apa. Hanya Husam yang ada kerusi Amanah yang lain tiada. Macam mana dia menerima untuk menjadi MB di negeri Kelantan ini saya pun tidak tahulah. Macam mana kekuatan dia yang mana dia ni walaupun lama dalam PAS. Tetapi dalam Amanah baru, kerusi hanya Salor," katanya ketika dihubungi Antarapos.  
 
Media sebelum ini melaporkan Kit Siang ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kota Bharu menyatakan impiannya untuk melihat Husam diangkat menjadi menteri besar jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Katanya, beliau percaya Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.
 
Pencalonan itu diterima Husam dengan hati terbuka atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH).  
 
Walau bagaimanapun, cadangan terbuka Kit Siang itu belum pernah dibincangkan di peringkat tertinggi PH.
 
Amanah, parti serpihan PAS yang kini bernaung di bawah PH bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah berikrar untuk menakluk Kelantan pada PRU14 akan datang.
 
Keyakinan tersebut turut pernah disuarakan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang dilaporkan berkata, partinya sedia menentang PAS di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/amanah-tak-cukup-pengalaman-bagaimana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :