Judul : 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com
link : 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com
'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad enggan mengulas khabar angin tiga wakil rakyat parti itu di Kedah bakal meninggalkan PAS.
"Kita tunggu dahulu. Esok-esok mereka keluar baru kita komen," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
Semalam, Sinar Harian melaporkan tiga wakil rakyat PAS Kedah akan meninggalkan parti itu selepas dilihat mesra bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH).
Ketiga-tiga mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Mahfuz, Amiruddin dan Mohd Nasir kini dilihat semakin menonjol dalam program Pakatan Harapan dan hadir di siri-siri ceramah gabungan pembangkang itu.
Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS lantang mengkritik kepimpinan parti itu selepas PAS bertindak memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada 2015 yang lalu.
Meskipun mengakui dirinya masih ahli PAS, namun tindakannya mesra-PH menimbulkan resah di kalangan ahli-ahli parti.
"Itu biar Jawatankuasa Disiplin. Terpulanglah.. Saya tak mahu komen," ujar Idris lagi.
Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan salah laku Mahfuz, dan menyebabkan mereka tidak dapat mengambil tindakan.
Mahfuz yang digelar banyak pihak sebagai 'harum manis' pernah digesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk meninggalkan parti atas kelantangannya menyerang parti akibat ketidakpuasan hati dengan keputusan yang dibuat PAS.
Demikianlah Artikel 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Dah keluar parti, baru komen', kata Idris Ahmad beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/dah-keluar-parti-baru-komen-kata-idris.html