Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com

Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com
link : Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: DAP menasihatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya mencampuri dalam urusan dan memberi input kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang kelmarin mengarahkan parti itu mengadalam semula pemilihan baharu jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Pengerusi Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Zahid, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, harus ingat bahawa beliau bertindak sebagai “lawan” pihaknya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Oleh itu, beliau tidak sepatutnya mencampuri dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh RoS yang memberi kesan kepada DAP dalam pilihan raya akan datang.
“Bahkan pertemuan sebelum ini antara beliau dan RoS sebelum kenyataan media dikeluarkan adalah dipersoalkan. Kami akan berurusan dengan perkara itu nanti,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, RoS perlu bertindak secara profesional dalam menangani pemilihan semula CEC DAP baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.
Katanya, segala tindakan diserahkan kepada RoS yang diyakini bertindak berdasarkan kepada ruang lingkup yang terdapat dalam perlembagaan untuk menjaga anggota DAP.
“Saya ingin menyatakan bahawa RoS memang berjumpa dengan saya dan saya telah meminta beliau (ketua pengarah RoS) bertindak profesional dan jangan menggunakan emosi, jauh sekali menggunakan mana-mana pemikiran di luar kotak perlembagaan DAP sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
Ini kerana RoS adalah badan yang bertindak bagi menjaga mana-mana ahli pertubuhan termasuk pertubuhan politik kerana perlembagaan menjadi asas kepada parti politik atau pertubuhan berkenaan,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.
Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.
Hari ini, Zahid berkata, DAP berdepan risiko tidak dapat menyertai pilihan raya umum ke-14 jika parti itu gagal mematuhi arahan RoS.
Beliau kesal DAP mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan arahan RoS yang merujuk kepada perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1996.
Malah menurut Gobind, arahan RoS bagi DAP untuk mengadakan semula pemilihan baharu tidak mempunyai kesan undang-undang sehingga dan melainkan keputusan itu secara rasmi disampaikan kepada DAP.
Katanya, kenyataan media yang dikeluarkan oleh RoS kelmarin nampaknya salah kerana ia menunjukkan DAP tidak menggunakan senarai perwakilan 2012 yang melibatkan 2,576 orang.
“Sekali lagi, saya ulangi, RoS mesti menyampaikan keputusannya kepada kami secara rasmi untuk mempunyai kesan undang-undang,” kata beliau sambil menambah, menteri dalam negeri harus menjauhkan diri daripada perkara tersebut.
“Sebaik sahaja kami menerima surat ini, kami akan meminta 1 mesyuarat dengan RoS dan kemudian memutuskan apa yang akan dilakukan selanjutnya.
“Saya harap RoS tidak akan dipengaruhi oleh menteri dalam negeri atau sesiapa dalam perkara ini. Beliau harus berjumpa dengan kami secepat mungkin,” kata beliau lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gobind Nasihat Zahid Hamidi, Jangan "Mencampuri" Urusan RoS ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/gobind-nasihat-zahid-hamidi-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :