Judul : Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com
link : Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com
Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com
Ini kerana, kata Menteri Besar Selangor itu, SPR tidak boleh menggunakan syor persempadanan baru sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya nak ucap tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, mahkamah petang semalam keluarkan arahan kenakan injunksi melarang SPR kemuka laporan kepada Perdana Menteri mengenai persempadanan semula yang dicadangkan.
“Ini membuktikan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk mempertahankan hak bukan sahaja rakyat Selangor, tetapi seluruh negara menghasilkan kejayaan,” katanya pada Majlis Aidilfitri dan perasmian pejabat baru Institut Darul Ehsan (IDE) hari ini.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azizul Azmi Adnan meluluskan permohonan injunksi Selangor kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran kerajaan negeri itu ke atas Seksyen 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hanya 1 laporan persempadanan semula boleh dihantar kepada Perdana Menteri.
Seksyen 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan SPR boleh menyerahkan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri selepas inkuiri ke atas 11 negeri di Semenanjung, termasuk Selangor, selesai.
Oktober lalu, kerajaan Selangor memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan notis persempadanan semula SPR dengan mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dalam merangka semula sempadan pilihan raya baru. #sumber
Demikianlah Artikel Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Injunksi Ke Atas SPR Beri Manfaat Lain-Lain Negeri, Di Semenanjung beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/injunksi-ke-atas-spr-beri-manfaat-lain.html