Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com

Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com
link : Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com




Kabinet hari ini menarik balik kelonggaran diberi terhadap syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga mengekalkan syarat-syarat lulus subjek berkenaan dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Katanya, tiada sebarang kelonggaran diberikan terhadap mata pelajaran BM untuk sebarang jawatan awam.

"Jemaah menteri komited mempertahankan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Bahasa Melayu adalah bahasa kebagsaan dan bahasa rasmi persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata keputusan diambil pada mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya sebentar tadi.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata keputusan berkenaan diambil sebulat suara dalam mesyarat kabinet.

Katanya, kerajaan memutuskan hanya individu yang lulus mata pelajaran BM dipilih untuk jawatan pegawai perubatan kontrak di bawah Kementerian Kesihatan.

"Hari ini kerajaan membuat keputusan seseorang itu mesti lulus BM sebelum mereka boleh dilantik sebagai pegawai perubatan.

"Ini akan memastikan ada keseragaman dalam lantikan itu," katanya pada sidang media petang tadi.

Isu kelonggaran subjek BM itu muncul selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan pada 2 Julai lalu, graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Anak pegawai diplomat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata mereka yang layak akan menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dikecam hebat pelbagai pihak yang menganggap ia sebagai langkah mengancam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Malah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan orang ramai menolak mana-mana ahli politik yang tidak fasih berbahasa Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Subramaniam berkata dengan keputusan dibuat kerajaan hari ini, beliau berharap polemik mengenai kelonggaran diberi itu dapat ditamatkan.

Beliau juga menyatakan ketika ini hanya ada 23 daripada 4,500 pegawai perubatan yang sedang menjalani latihan siswazah di hospital awam.

Katanya, mereka gagal memenuhi syarat lulus BM kerana mengikuti pengajian di luar negara disebabkan ibu bapa masing-masing bertugas sebagai diplomat.

"Daripada jumlah itu, 11 adalah siswazah Melayu," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelonggaran syarat lulus BM dibatal beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/kelonggaran-syarat-lulus-bm-dibatal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :