Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com

Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com
link : Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi kumpulan Iklim, A. M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, tidak menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

 Anak tiri Saleem, yang hanya mahu dikenali sebagai Iera Fakira berkata penularan gambar bapa tirinya itu di media sosial telah menyebabkan keluarga merasa sedih. 

“Memang betul ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat demam panas yang berterusan tetapi saya minta tolong jangan sebarkan gambar ayah saya dalam keadaan yang sebegitu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya,” katanya kepada Bernama semalam. 

Beliau berkata ibunya Juriah Bachok amat sedih dengan gambar keadaan ayahnya disebar di alam maya. Iera berkata keadaan ayah tirinya itu kini lemah akibat demam panas yang berterusan sejak 23 Jun lalu.

 “Demam ayah berterusan sejak 2 hari sebelum raya dan kami telah bawa ayah untuk mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital sebelum ini, hanya semalam ayah dimasukkan di HUKM. “Keadaan ayah stabil cuma lemah dan kena sentiasa dipantau. 

Kami sekeluarga buat keputusan untuk tidak dedahkan dulu mengenai penyakit ayah buat masa ini kerana terdapat beberapa teori daripada doktor,” katanya. Beliau berkata keluarga kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu “Suci Dalam Debu” itu yang dijangka akan diperoleh hujung minggu ini. #sumber


Demikianlah Artikel Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/keluarga-saleem-meminta-jangan-sebar.html

Subscribe to receive free email updates: