Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com

Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com
link : Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com


KOTA BHARU, 28 Syawal 1438H, Sabtu – Nadwah Ulama Antarabangsa Rantau Asia telah memuktamadkan sepuluh resolusi untuk dilaksanakan, antaranya mewujudkan Kesatuan Ulama Asia dan Timur Jauh yang berpusat di Kuala Lumpur.
Kesatuan itu perlu ditubuhkan dengan tujuan menyelaraskan isu-isu umat Islam di rantau Asia dan sekitarnya.
Resolusi yang dibacakan oleh Pengerusi Nadwah Ulama yang juga Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Zawawi Nik Salleh turut menggariskan agar diwujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti muslim agar kekuatan Islam dapat digarap secara berkesan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.
Nadwah yang berlangsung selama dua hari bermula semalam telah menampilkan tokoh-tokoh ulama tempatan dan antarabangsa membincangkan peranan ulama bagi memantapkan perpaduan umat Islam serantau.
Sepuluh resolusi nadwah adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan Kesatuan Ulama Asia dan Timur Jauh yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan isu-isu yang berkaitan umat Islam.
2. Mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti muslim agar kekuatan Islam dapat digarap secara berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.
3. Memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar (negara Barat) di dalam menanganinya.
4. Mempelopori usaha untuk mengharmonikan isu-isu khilafiyyah di kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecahbelahkan kesatuan umat Islam.
5. Mempergiatkan pengembangan ilmu Islam di kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbagai wasilah yang ada.
6. Mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh negara rantau Asia.
7. Menangani permasalahan dan isu umat Islam yang ditindas di negara -negara minoriti muslim seperti Chechnya, Pattani, Rohingya, Kashmir, Wilayah Xinjiang dan lain-lain.
8. Mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk yang telah dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi dengan penutupan Masjidil Aqsa yang bertujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.
9. Memahamkan masyarakat khasnya umat Islam bahawa Islam adalah agama pembawa kesejahteraan dan kesederhanaan ke arah mengekang pengaruh radikalisme dalam kalangan umat Islam.
10. Menggembleng tenaga ulama untuk mengembalikan peradaban Islam rantau ini sebagai model peradaban Islam sejagat.
- ismaweb


Demikianlah Artikel Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesatuan Ulama Asia perlu ditubuhkan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/kesatuan-ulama-asia-perlu-ditubuhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :