Judul : Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com
link : Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com
Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com
PETALING JAYA: Majlis Peguam hari ini menggesa Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang diberi lanjutan tempoh perkhidmatan dan dilantik sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan agar menolak pelantikan masing-masing demi mendukung Perlembagaan Persekutuan.
Mengimbas kembali krisis perlembagaan yang pernah menjejaskan sistem kehakiman negara pada 1988 sehingga mengakibatkan kesan berterusan selama beberapa dekad, Presiden Majlis Peguam George Varughese berkata, persoalan sekarang sama ada Malaysia, khususnya sistem kehakiman akan berhadapan dengan 1 lagi kesan negatif.
“Apabila ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan mengangkat sumpah jawatan masing-masing, mereka berikrar akan mendukung Perlembagaan Persekutuan.
“Sekarang, mereka seharusnya memenuhi ikrar itu dengan menolak pelantikan masing-masing.
“Justeru, adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak adil bagi mengheret kedudukan mereka ke dalam kontroversi pada tahap ini dalam kerjaya mereka,” kata beliau menerusi kenyaatan dikeluarkan lewat petang ini.
Dalam kenyataan itu, Majlis Peguam menegaskan keputusan melanjutkan tempoh khidmat mereka bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak mempersoalkan keupayaan mereka sebagai ketua hakim negara dan presiden memandangkan badan itu telah pun menyatakan pendirian menyokong pelantikan mereka awal tahun ini.
Kelmarin, kenyataan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Md Raus akan menyandang jawatan ketua hakim negara bagi tempoh 3 tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
Zulkefli yang dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September ini pula memegang jawatan presiden Mahkamah Rayuan bermula tarikh dan bagi tempoh yang sama.
“Pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan sebagai hakim pertambahan (Mahkamah Persekutuan) tidak berperlembagaan dan tidak pernah wujud sebelum ini,” kata beliau.
Menurut kenyataan itu, pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan Fasal 1 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei lalu memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.
“Pelantikan Raus Sharif dan Zulkefli sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan setelah masing-masing mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan adalah atas sembah cadangan dan nasihat ketua hakim negara pada ketika itu, Tun Arifin Zakaria, kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 sebelum Yang Amat Arif bersara,” kata kenyataan itu.
Varughese menambah, pihaknya mendapati Perkara 122(1A) tidak membenarkan seorang bekas ketua hakim menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan pelantikan hakim tambahan yang akan berkuat kuasa selepas beliau bersara.
“Sebaliknya, sebagai perkara asas, ketua hakim negara boleh sebelum persaraannya, secara perlembagaan untuk menasihati pelantikan hakim tambahan yang akan berkuat kuasa apabila beliau tidak lagi menjadi ketua hakim negara, malah selepas itu.
“Ini (keputusan) melampaui peranan seorang ketua hakim negara di bawah perlembagaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 122(1A), dan dengan demikian jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.”
Kata beliau, Perkara 122(1A) tidak membenarkan bekas ketua hakim negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim-hakim tambahan yang akan berkuat kuasa selepas beliau bersara.
Selain itu kata beliau, langkah tersebut melampaui tugas dan kuasa yang diberikan kepada ketua hakim semasa di mana Perkara 122(1A) menyebut bahawa kuasa itu terletak pada ketua hakim negara semasa, bukannya yang terdahulu.
Presiden Majlis Peguam berkata, dalam melantik pengganti ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dipatuhi.
“Untuk melakukan sebaliknya berpotensi membolehkan mereka kekal di jabatan kehakiman selama-lamanya.”
Justeru kata beliau, kesahihan dan integriti pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan tidak terkecuali.
“Cara pelantikan yang diumumkan baru-baru ini dipersoalkan dan membawa kepada kesimpulan bahawa tidak ada calon yang sesuai di kalangan ahli-ahli semasa Mahkamah Persekutuan, yang Majlis Peguam percaya adalah tidak benar.
“Persepsi ini akan mengakibatkan hakisan umum yang mendalam dan teruk dalam keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman dan kebebasannya dan menimbulkan persoalan dalam minda orang ramai tentang mengapa pelantikan tersebut dibuat sama sekali, dan dalam cara seperti ini,” kata beliau. #sumber
Demikianlah Artikel Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majlis Peguam Gesa Raus, Zulkefli Tolak Lantikan, Sambung Khidmat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/majlis-peguam-gesa-raus-zulkefli-tolak.html