'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com

'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com
link : 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com

 


Sayap wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa had umur perkahwinan bagi wanita ditingkatkan kepada 18 tahun, menjadikannya setanding dengan usia minimum bagi lelaki.

Anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata undang-undang pada masa ini membolehkan anak perempuan berkahwin pada usia 16 tahun dan ia perlu diubah bagi menghapuskan perkahwinan bawah umur.

"Perkahwinan kanak-kanak bukan isu terpinggir di Malaysia. Terdapat hampir 9,000 kes dari 2010 hingga 2015 melibatkan 6,268 orang Islam dan 2,775 orang bukan Islam.

"Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak bersedia dari segi emosi, mental dan ekonomi untuk memikul tanggungjawab perkahwinan dan keibubapaan," kata Teo dalam satu kenyataan bagi pihak sayap wanita HARAPAN di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 awal tahun ini. Namun katanya, ketika ia melindungi kanak-kanak di bawah 18 dari hubungan seksual, ia tidak dapat menghalang perkahwinan kanak-kanak.

Teo berkata perkahwinan sebegini seringkali memusnahkan pendidikan seseorang gadis, selain mendedahkan mereka kepada risiko yang lebih tinggi dalam penderaan dan seksual.

"Lebih buruk lagi, Malaysia mempunyai kadar hukuman yang sangat rendah untuk kes penderaan seksual kanak-kanak," katanya.

Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa usia minimum perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki perlu sama.

Pada bulan Disember tahun lepas, Malaysia mengesahkan resolusi PBB untuk menghalang perkahwinan kanak-kanak, dan meminta negara-negara anggota menghentikan perkahwinan tersebut.

Ahli politik wanita dari DAP, PKR dan AMANAH hadir pada sidang akhbar hari ini.  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal menghantar wakil tetapi pihaknya bersetuju dengan kenyataan bersama itu.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/naikkan-had-18-tahun-bagi-perkahwinan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :