Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com

Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com
link : Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com

 
Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak pasti mengenai status paderi itu yang hilang sejak Februari lalu.


Khalid-Abu-Bakar-pastor-raymond-koh

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan penculikan paderi Raymond Koh yang hilang sejak 13 Februari lalu mempunyai hubung kait dengan sebuah kumpulan lain di Selatan Thailand.

Bagaimanapun, ketua polis negara itu tidak mendedahkan sama ada kumpulan terbabit menpunyai kaitan dengan pengganas atau penjenayah.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh pihaknya hasil soal siasat terhadap 4 tangkapan awal dalam satu operasi sekitar Jun lalu.

Katanya, 4 suspek itu ditangkap selepas polis menembak mati suspek utama kumpulan penyeludupan itu dalam satu operasi tembak menembak di Kampung Weng Dalam, Baling, Kedah pada 17 Jun lalu.

“Kita mengesyaki bahawa kumpulan ini terlibat yang diketuai oleh suspek yang kita tembak mati.

“Kumpulan ini terlibat membawa lari Pastor Koh dan siasatan kita mendapati bahawa kumpulan ini ada hubung kait dengan satu kumpulan lain Selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengerusi Perkep dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari. Mangsa memandu kereta Honda Accord berwarna perak dengan nombor plat ST 5515 D.

Beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya ketika diculik dan menerusi rakaman CCTV, penculikan itu nampak terancang membabitkan lebih 10 lelaki dan 7 kenderaan pada waktu siang.

Khalid berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis Thailand berkenaan perkara itu.
Beliau dalam masa yang sama turut ditanya sama ada Koh masih lagi hidup.

“Saya tak boleh nak beri apa-apa kepastian keadaan itu,” katanya.



Demikianlah Artikel Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis sahkan kehilangan Pastor Koh ada kaitan kumpulan Selatan Thai beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/polis-sahkan-kehilangan-pastor-koh-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :