Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com

Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com
link : Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com


ADA sebab yang menarik dan mendesak mengapa 53% rakyat Malaysia tidak mengundi Umno/Barisan Nasional pada pilihan raya 2013. 

Ada sebab yang menarik juga mengapa ramai rakyat Malaysia sanggup memilih sekumpulan pemimpin dan kerajaan yang baru dikenali pada 2013, dan sedar ketidakpastian serta kekacauan yang akan berlaku selepas itu. 

Rasuah. Ketidakcekapan. Perkauman. Keangkuhan. 

Namun di sebalik isu di atas, keangkuhan pemimpin Umno akhirnya semakin ketara menyebabkan rakyat Malaysia mengundi selain Najib Razak dan Umno pada 2013. 

Namun, pada hari ini kita dapati ia masih tidak berubah. Keangkuhan masih menebal dalam diri pemimpin Umno. Keangkuhan juga yang menyebabkan Ketua Umno Pasir Salak Tajuddin Rahman cuba menolak kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB dan menganggapnya sebagai perkara kecil. 

Malah dia cuba mengalihkannya kepada kegagalan penswastaan terhadap entiti milik kerajaan pada era Dr Mahathir Mohamad. 

“Projek meganya seperti Proton dan lain-lain menanggung kerugian, namun kita tidak minta dia meletakkan jawatan tetapi terus menyelesaikan masalah itu. Ia hanya wang,” katanya yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani. 

Ia sememangnya satu keangkuhan untuk menyamakan kecurian paling besar dalam sejarah Malaysia dengan kegagalan usaha komersial. 

Ya, Proton projek yang kurang membawa keuntungan, namun ia jelas menghasilkan produk yang nyata: Jutaan unit kereta. 

Sebaliknya, berbilion wang pembayar cukai daripada 1MDB digunakan untuk membeli kapal layar mewah, hartanah mewah di AS dan UK dan barang kemas dan membiayai beberapa filem. 

Yang mendapat untung anak Najib dan mereka yang terdekat dengannya. Sehingga hari ini, tiada seorang pun didakwa di mahkamah Malaysia. 

Baik pengurusan 1MDB, ahli lembaga pengarah, mahupun pengerusi ahli lembaga pengarah. 

Tajuddin pula menambahkan keangkuhannya berdasarkan pemerhatian yang dibuat sendiri. 

Katanya, siasatan 1MDB masih berjalan dan kerajaan masih memburu dalangnya. 

Keangkuhan apakah itu untuk percaya yang rakyat Malaysia akan menerima kenyataan sombong sedemikian. 

Tapi Tajuddin tidak berseorangan. 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah melepaskan peluang untuk bercakap mengenai kepelbagaian di Malaysia. 

Penasihatnya pasti memberitahunya untuk bercakap seperti perdana menteri di khalayak agar kenyataannya ketika menjadi ketua Pemuda Umno terkikis daripada ingatan. 

Namun dia kembali kepada dirinya sebenar di hadapan ahli partinya pada mesyuarat perwakilan Umno Kelana Jaya. 

Dia menyerang warisan India Dr Mahathir dalam ucapannya dan ada keberanian untuk menyatakan ia bukan serangan peribadi. 

Sepatutnya begini: sila serang Dr Mahathir berdasarkan rekodnya sebagai PM atau selama dua dekad beliau sebagai presiden Umno. 

Tetapi jangan pura-pura menjadi pemimpin Malaysia yang inklusif apabila menyatakan kepada rakyat Malaysia sebagai TPM dan menyentuh isu perkauman ketika bercakap di rostrum sebagai pemimpin Umno. 

Agak retorik apabila ahli politik yang memimpin rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan bercakap mengenai perpaduan kebangsaan. – 31 Julai, 2017.

 -themalaysianinsight


Demikianlah Artikel Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/rahsia-kegagalan-umno-keangkuhan.html

Subscribe to receive free email updates: