Judul : Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com
link : Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com
Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com
Ezam dalam kenyataan hari ini berkata, usaha mereka menukar nama dan perlembagaan Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah sejak Mac lalu tidak mendapat “indikasi positif” daripada RoS. Sehubungan itu, beliau mengumumkan keluar daripada Parti Bebas Rasuah dan mengalihkan perjuangannya ke badan bukan kerajaan (NGO) bernama Pusat Reformasi Hisbah (Hisbah) yang diketuainya.
“Mungkin pentadbiran kerajaan hari ini belum selesa dengan penubuhan sebuah parti khusus melawan rasuah di negara ini. “Di beberapa negara maju dan membangun lain, parti bermatlamat tunggal dan khusus untuk melawan rasuah adalah sesuatu yang tidak mustahil.
“Saya percaya kegagalan usaha ini tidak akan mematahkan semangat kita, malah akan menguatkan iltizam untuk berjuang melawan rasuah di dalam platform dan wadah yang pelbagai,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Parti Generasi Baru memberi peluang kepadanya mengetuai usaha menubuhkan Parti Bebas Rasuah.
Ini adalah kali ke-5 Ezam keluar daripada parti politik disertainya. Kali pertama pada 1998 apabila beliau keluar daripada Umno dan menyertai PKR.
Beliau kemudiannya meninggalkan PKR pada 2007 dan menyertai Umno semula pada 2008. Pada Oktober 2016, beliau mengumumkan keluar Umno dan menyertai PPBM, sebelum meninggal parti diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Disember 2016.
Ia disusuli pengumumannya menubuhkan Parti Bebas Rasuah bersama Khairuddin dan “beberapa aktivis yang pernah dipenjarakan akibat melawan rasuah” pada 17 Mac lalu. “Kami akan terus menjadi parti yang kecil dan fokus kepada satu isu. Parti besar akan menyebabkan ia tertumpu kepada perebutan kuasa. Maka parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi besar,” kata bekas senator itu.
Sementara itu, Khairuddin berkata, beliau akan kembali memimpin gerakan Deklarasi Rakyat dan meneruskan usaha menentang rasuah di negara ini. “Saya sedang menstruktur semula Deklarasi Rakyat dan dalam masa terdekat akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pusat, buat satu rancangan untuk kita jelajah seluruh tanah air.
“Kita akan tumpu di 21 kawasan Parlimen yang mana kemungkinan Barisan Nasional akan hilang kerusi, dan akan masuk ke 40 kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen di Felda,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berkata, perjuangan beliau dan Ezam selari perjuangan Pakatan Harapan, tetapi mereka melakukannya dengan cara tersendiri. “Saya amat serasi dengan Ezam, kami tidak akan putus hubungan.
Kami akan berjuang secara satu pasukan, tetapi mungkin kombinasi antara Hisbah dan Deklarasi Rakyat. “Ezam akan lawan rasuah habis-habisan di bawah Hisbah, saya pula akan lawan rasuah dalam Deklarasi Rakyat kerana ini matlamat dan wadah utama kami,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada "Respon Positif" RoS Punca Ezam Keluar Parti Bebas Rasuah ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/tiada-respon-positif-ros-punca-ezam.html