Judul : Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
link : Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman akan menulis surat rasmi kepada lembaga disiplin parti untuk menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ekoran membuat beberapa “tuduhan tanpa asas” ke atasnya.
Memetik portal Free Malaysia Today, Hamidah berkata, Syed Saddiq tidak wajar membuat tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti untuk tuduhannya itu.
"Saya harap lembaga displin akan bertindak kerana jika diabaikan, dan ahli parti bebas menyerang satu sama lain secara terbuka, parti akan musnah.
"Lebih-lebih lagi Syed Saddiq seorang Ketua Pemuda (Armada), jawatan penting parti," katanya dipetik portal itu.
Syed Saddiq sebelum ini menuduh Hamidah sebagai dalang di sebalik tindakan 1,000 ahli PPBM di Perak keluar parti.
Beliau mendakwa tindakan itu dilakukan Hamidah ekoran kecewa dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menamakannya pengerusi negeri Perak.
Semalam, Syed Saddiq mengulangi tuduhannya dan berkata Hamidah seorang agen Umno.
“Tetapi sudah dua kali dia menyerang saya, dan ini sudah keterlaluan.
“Siapa sebenarnya agen Umno, dia atau saya?” soal Hamidah.
Hamidah berkata beliau mengambil pendekatan berdiam diri selama ini atas kepentingan parti.
Malah bekas Ketua Wanita Umno Gopeng itu menambah, pertanyaannya menerusi sistem pesanan ringkas untuk meminta penjelasan tidak dijawab Syed Saddiq.
Hamidah menjelaskan, beliau bertemu dengan 1,000 ahli PPBM di Perak yang keluar parti dan menasihati mereka supaya kekal menentang Umno dan Datuk Seri Najib Razak.
“Syed Saddiq perlu berterimakasih kepada saya atas initiatif ini, jika tidak ahli akan pulang ke pangkuan Umno. Dan dia perlu berbuat perkara sama dengan ahli sayapnya yang meninggalkannya untuk ke Umno,” katanya merujuk 200 ahli PPBM yang meletak jawatan bulan lalu.
Demikianlah Artikel Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/tuduhan-tak-berasas-hamidah-mahu.html