Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com
link : Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan antarabangsa yang memetik beliau mengakui tersilap kerana tidak membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau. “Saya tak pernah kata begitu. Ramai orang petik saya atau bercakap mengenai saya, tetapi tidak benar,” kata bekas Perdana Menteri itu kepada pemberita hari ini. 

Akhbar Britain dalam artikel yang diterbitkan semalam berkata Dr Mahathir dalam wawancara menerima beliau sudah melakukan beberapa kesilapan antaranya terlalu lama berkuasa. Beliau juga dilaporkan menyesal kerana melantik “2 lelaki yang kemudiannya mengecewakan beliau”, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ditanya mengenai perkara itu, pemimpin politik berusia 92 tahun itu berkata Pakatan Harapan ketika ini tertumpu kepada usaha menyingkirkan Najib. “Kita bersetuju dalam hal itu. Tetapi kalau kita bercakap mengenai masa lalu, kita akan mengalami banyak masalah.” Beliau juga berkata Anwar tidak mungkin menjadi perdana menteri Malaysia selepas ini, kerana beliau masih dalam penjara pada pilihan raya umum ke-14.

“Beliau dalam penjara sehinggalah perdana menteri ke-7 berusaha membebaskan beliau. Jadi perlu ada perdana menteri sementara.” Mahathir menafikan ada membincangkan calon untuk jawatan itu dalam mesyuarat dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di London baru-baru ini. 

“Kita hanya bincang mengenai struktur Pakatan Harapan.” Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan liwat. Bekas timbalan perdana menteri itu, yang dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir pada 1990-an, disingkir dari kerajaan dan jawatan Timbalan Presiden Umno pada 1998 atas dakwaan salahguna kuasa. 

Ramai penyokong Anwar menyalahkan Dr Mahathir mendalangi pemenjaraan Anwar. Mahathir, yang sebelum ini berkata tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, berkata beliau bukan jenis orang yang menyimpan dendam terhadap musuhnya. Beliau kini pengerusi PPBM, salah satu komponen parti dalam Pakatan Harapan. Tiga parti lain ialah DAP, PKR dan Amanah. Pada April, beliau membayangkan sedia mengetuai usaha memohon pengampunan diraja untuk Anwar jika pembangkang menang PRU-14. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/tun-dr-mahathir-nafi-kesal-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :