Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com
link : Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar UMNO tahun lalu menegaskan, beliau tidak akan kembali ke parti yang pernah dipimpinnya selama lebih 2 dekad.
Dalam video yang disiarkan menerusi laman Facebook PPBM, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak akan berlaku walaupun Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digulingkan.
Dr Mahathir yang bersara sebagai Perdana Menteri keempat dan Presiden UMNO pada Oktober 2003 berkata, tanggapan beliau akan kembali ke pangkuan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu adalah tidak benar.
“Itu tidak benar. Pada mulanya saya cuba untuk singkirkan Datuk Seri Najib tetapi tidak UMNO. Tetapi saya dapati UMNO sudah rosak teruk kerana Datuk Seri Najib dan mereka sekarang ini lebih utamakan kepentingan diri, kewangan dan sebagainya, dan tidak lagi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
“Sebab itu, UMNO bukan lagi UMNO yang ditubuhkan dulu. Ini adalah UMNO bentuk Datuk Seri Najib yang mempunyai tujuan yang lain sama sekali daripada UMNO yang ditubuhkan (dulu).
“Sebab itu saya tidak akan kembali ke UMNO kerana ini adalah UMNO yang sudah rosak….” kata beliau yang menjawab soalan mengenai tanggapan sesetengah pihak mendakwa beliau akan kembali ke UMNO satu hari kelak.
Video berdurasi 1.08 minit itu disiarkan dengan tajuk – “Tun Dr Mahathir akan kembali ke UMNO jika Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri? – bertujuan menghilangkan keraguan ramai di kalangan pembangkang yang bimbang pengerusi Pakatan Harapan akan meninggalkan perjuangan pembangkang 1 hari nanti dan akan kembali kepada Umno seperti yang dilakukannya selepas pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti menjadi perdana menteri pada 2009.
Pada Februari 2016, Dr Mahathir keluar UMNO untuk kali ke-2 dalam tempoh 8 tahun kerana tidak puas hati terhadap pentadbiran Najib berikutan penyingkiran anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Pada bulan Mei 2008, Dr Mahathir keluar UMNO selepas tidak berpuas hati dengan pentadbiran Abdullah.

Usaha beliau untuk memaksa Abdullah berhenti berjaya pada tahun berikutnya di mana negarawan berusia 92 tahun itu turut melobi agar Najib menggantikan tempat beliau.
Selepas keluar tahun lepas, beliau membentuk PPBM bersama Mukhriz dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kedua-duanya dipecat oleh UMNO tahun lepas.
Pada Mac tahun ini, PPBM menyertai Pakatan Harapan, yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Tegaskan, Beliau Tak Akan Kembali Lagi Ke UMNO ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/tun-dr-mahathir-tegaskan-beliau-tak.html

Subscribe to receive free email updates: