Judul : Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com
link : Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com
Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com
SINAR ONLINEKUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang giat diijalankan yang mana TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau perkara itu termasuk pada cuti hujung minggu.
"TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Mereka akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh," menurut kenyataan itu.
Menurut TH, kelewatan pengeluaran visa berlaku akibat permohonan yang sangat tinggi dalam sistem berkenaan yang mengendalikan jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.
TH berkata kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.
Menurut TH, jemaah haji yang lewat mendapat visa akan disediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya dengan kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya. - Bernama
Demikianlah Artikel Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/visa-th-mohon-maaf-kelewatan-bakal.html