Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com
link : Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com


KUANTAN:  Tragedi kematian tiga kanak-kanak di tapak lombong bauksit awal tahun ini, seolah-olah tidak dihiraukan oleh pihak tertentu. Arahan supaya menutup tapak bekas lombong nampaknya tidak diendahkan.

Susulan itu, satu lagi tapak kolam (tasik) dipercayai bekas tinggalan akibat dikorek dan berbahaya kini menunggu masa untuk mendapat mangsa. Perkara itu didedahkan oleh Penyelaras NGO, Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto)
Menurut beliau Skuad terjah telah ke lokasi bersebelahan kawasan taman perumahan Bukit Rangin Perdana 2 pada 5 Ogos 2017 lalu.



"Sungguh mengejutkan, tapak kolam yang dikenali sebagai "Tasik Hijau" kini menjadi tempat mandi manda. Difahamkan, berpuluh orang remaja dan kanak-kanak berbasikal datang ke lokasi untuk mandi manda setiap petang', katanya.



"Mereka dipercayai datang dari jauh dan bukan anak-anak penduduk tempatan. Banyak kali aktiviti ini ditegur oleh penduduk, namun tidak diendahkan oleh mereka. Malah, semakin hari kian ramai yang datang terutamanya selepas waktu persekolahan", tambah Shukri.



"Lombong terbiar ini sudah tidak berpagar (roboh) dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu datang ke lokasi terbabit. Ia tidak dapat dilihat dari arah jalan (taman perumahan) kerana dilindungi oleh penghadang berbukit" tambah beliau lagi.



Menurutnya, walau pun ada papan tanda larang menceroboh, namun dek kerana pagarnya sudah musnah maka ia tidak diendahkan oleh sebahagian besar remaja dan kanak-kanak terbabit. Ia boleh mengundang bahaya dan menjadi ancaman keselamatan, tambahan pula kedalaman lombong terbabit dipercayai mencecah 5 meter berdasarkan maklumat penduduk setempat. 


"Kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini. Dipercayai, kawasan tanah ini adalah milik individu. Maka itu, sebelum sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku eloklah ia diperbetulkan"



"Kita tidak mahu tragedi maut di tapak bekas lombong berlaku lagi, akibat kecuaian sesetengah pihak. Mereka yang mandi manda memang salah, tapi kesalahan besar ialah lokasi ini tidak dipagar dengan baik demi keselamatan orang ramai", tambahnya.



Demikianlah Artikel Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berbahaya: NGO Gesa Agar Kolam "Tasik Hijau" Di Tutup Kepada Orang Ramai ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/berbahaya-ngo-gesa-agar-kolam-tasik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :