Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com

Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com
link : Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com

 


POLIS akan memanggil Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk soal siasat kerana didakwa cuba menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim hari ini.

Laporan polis sudah diterima dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, kata Noor Rashid seperti dipetik Astro Awani.

Dr Mahathir didakwa mencadangkan supaya Najib disingkirkan kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid juga mendakwa dia mempunyai rakaman perbualan itu yang berlaku pada 2015, tidak lama selepas dia dilantik menjadi pemimpin nombor dua tertinggi negara itu.

"Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Hijau PDRM 2017, hari ini.

Zahid menafikan yang dia terlibat dalam sebarang rancangan untuk menjatuhkan Najib, yang menjadi sasaran serangan Dr Mahathir selepas skandal syarikat sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Bekas perdana menteri itu sudah keluar daripada Umno dan menyertai pembangkang. Dia kini adalah pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Zahid berkata dia mempunyai bukti mencukupi dalam rakaman itu yang menunjukkan Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Timbalan perdana menteri itu menjawab tuduhan Dr Mahathir sebelum ini yang mendakwa Zahid pernah datang berjumpa dengannya bagi meminta sokongan untuk menyingkirkan Najib selepas dia dilantik menjawat jawatan nombor dua itu.

Zahid menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat Najib selepas lantang mengkritik perdana menteri berkaitan skandal 1MDB.



Demikianlah Artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didakwa rancang jatuhkan Najib, polis akan siasat Dr Mahathir beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/didakwa-rancang-jatuhkan-najib-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :