Judul : Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com
link : Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com
Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Mantan pemimpin PKR, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor mendakwa terdapat sebuah parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang angkuh apabila acap kali memberi kata dua kepada gabungan itu jika tidak sealiran mengenai sesuatu perkara.
Sehubungan itu, Ezam yang juga bekas Ketua AMK itu menasihati PKR agar memainkan peranan dengan 'memadamkan' sifat keangkuhan pada parti tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara spesifik parti yang dimaksudkannya itu.
"PKR tiang seri PH. PH harus terus berdasarkan ciri lapang dada, berjiwa besar sesama kawan.
"Keangkuhan, memberi kata dua dan mencabar sesama kawan dan bekas kawan seangkatan bukan asas sebuah harapan. Ia asas sebuah kepunahan," katanya dalam satu kenyataan.
Ezam menambah, kejayaan awal perjuangan PKR adalah disebabkan sifat Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlalu angkuh dan terlalu yakin memenangi pilihan raya umum.
Umno-BN hilang majoriti dua pertiga pada dua pilihan raya umum iaitu pada 1999 dan 2008 apabila berlaku peralihan undi Melayu kepada pembangkang.
"Mereka tumbang kerana keangkuhan. Maka berhati-hatilah. Jangan sampai ada ciri keangkuhan yang dipamerkan kepada rakyat," katanya.
"PKR dan tokoh besarnya hari ini adalah harapan rakyat. Tetapi jangan sekali-kali ambil enteng harapan dan dokongan rakyat ini. Maka berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk yang dipertontonkan kepada rakyat.
"Berhujah dan mencabar secara terbuka boleh dilihat sebagai ciri kebebasan dan demokratik. Tetapi ingat pada sisi lain ia boleh dilihat sebagai lambang keangkuhan kerana terlalu yakin rakyat akan tetap sokong dan makanya mampu berbalah secara terbuka dihadapan rakyat," kata Ezam yang kini merupakan Pengerusi NGO Hisbah Center for Reform.
Pertelingkahan dalam PKR semakin ketara selepas tahaluf siyasi dengan PAS terputus secara rasmi Mei lalu.
Susulan itu, ia menyebabkan berlakunya krisis lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan, apabila biro politik PKR mengarahkan semua wakil partinya di negeri itu meletakkan jawatan.
Bagaimanapun PKR pada awal bulan ini memutuskan untuk mengekalkan lantikan politiknya di negeri itu.
Lebih mengejutkan apabila mesyuarat presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada tengah malam Isnin lalu memutuskan gabungan itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Keputusan itu sekaligus mengundang kejutan kerana ia dimuktamadkan dikala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam Pakatan Harapan (PH) menghadapi PRU14.
Demikianlah Artikel Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ezam dakwa ada parti angkuh dalam PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/ezam-dakwa-ada-parti-angkuh-dalam-ph.html