Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com

Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com
link : Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memberi jawapan berhubung ‘Amanat Hadi’ yang diungkapkannya, dipercayai ada kaitan tragedi berdarah Memali, 32 tahun lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, amanat tersebut dipercayai menjadi inspirasi kepada pengikut Pas ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, salah seorang yang memegang teguh amanat itu.

“Ibrahim adalah seorang pengikut Pas tegar dan aktif. Dia betul-betul taksub dengan Amanat Hadi. Dia pernah belajar agama di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya,” kata Rahim yang dipetik daripada portal berita, The Malaysian Insight.


Dakwanya, terdapat dua elemen boleh diambil berdasarkan amanat berkenaan, diluahkan Hadi dalam ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, 7 April 1981.

Elemen pertama, Abdul Hadi mengatakan Muslim tidak perlu memeluk agama lain untuk menjadi kafir, sebaliknya mereka boleh tergolong sebagai orang kafir dengan tidak mengamalkan agama sepenuhnya dalam kehidupan seharian, termasuk dalam kegiatan politik.

“Kedua, dia kata perjuangan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” katanya.

Ditanya keperluan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat insiden itu, Rahim berpendapat, Amanat Hadi mungkin ada peranan tercetusnya tragedi Memali, yang mengorbankan 18 nyawa.

“Jika RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat peranan Abdul Hadi melalui Amanat Hadi sehingga berlaku tragedi Memali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sekiranya RCI Memali ditubuhkan, Abdul Hadi mungkin antara individu dipanggil beri keterangan.

“Beliau mungkin perlu memberikan keterangan berhubung amanatnya sekiranya RCI Memali ditubuhkan.

“(Bagi saya), isu ini sekadar hendak memesongkan rakyat kepada isu lebih besar ketika ini iaitu 1MDB dan skandal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga Malaysia dilabel negara kleptokrasi,” tegasnya


Demikianlah Artikel Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibrahim Libya TAKSUB dengan Amanat Hadi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/ibrahim-libya-taksub-dengan-amanat-hadi.html

Subscribe to receive free email updates: