Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com

Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com
link : Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR hari ini menyelar Tan Sri Harussani Zakaria kerana menyamakan pandangan menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai pendaftaran anak luar nikah sebagai menghalalkan zina.
Peguam Latheefa Koya, sebahagian daripada Jawatankuasa Pusat PKR, berkata kenyataan mufti Perak yang mempertikaikan pendirian rakan sejawatnya dari Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, adalah mengejutkan dan tidak berasas, malah boleh dianggap “ketidaksopanan daripada satu mufti kepada mufti lain”.
“Apa yang dikatakan Asri, Mahkamah Rayuan dan ramai umat Islam lain ialah anak luar nikah tidak boleh dihukum atas kelakuan ibu bapa mereka dengan menafikan mereka status sah,” kata Latheefa.
“Tidak sesiapa pun termasuk Asri yang mencadangkan zina dihalalkan untuk umat Islam.”
Latheefa berkata sementara ibu bapa boleh dihadapkan di bawah undang-undang syariah atas kesalahan zina, anak yang tidak berdosa tidak harus disiksa.
“Sistem perundangan Islam tidak pernah menganjurkan hukuman terhadap orang yang tidak berdosa.”
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman diterbitkan 25 Julai lalu berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.
“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata hakim Abdul Rahman Sebli, yang turut mempersoalkan amalan JPN meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.
Keputusan itu dialu-alukan Asri, tetapi dipersoal Harussani yang berkata menyokong pendirian mahkamah itu menjurus kepada menghalalkan zina.
“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” kata Harussani.
Dalam responnya Asri berkata perbezaan pendapat tidak harus diserang kerana ia menjadi amalan ulama Islam silam.
Beliau turut memetik pandangan Imam Abu Hanifah yang mencadangkan pasangan yang melahirkan anak luar nikah supaya berkahwin untuk menjaga kebajikan anak mereka. #sumber


Demikianlah Artikel Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/isu-anak-luar-nikah-peguam-pkr-selar.html

Subscribe to receive free email updates: