Judul : Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com
link : Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berpendapat keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi mahu mengadakan rundingan kerjasama bersama PAS berkemungkinan 'dipengaruhi' oleh DAP.
Pensyarah kanan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Edwin Michael Muniandy mendakwa, keputusan itu dilakukan PH kerana mahu menjaga hati rakan partinya itu yang dilihat kurang senang dengan ideologi politik yang dibawa PAS sejak dahulu lagi.
"Saya lihat mungkin ada campur tangan halus DAP di sini untuk tidak mahu menerima PAS dalam PH, mungkin DAP mahu PAS menggunggurkan ideologi politik mereka iaitu untuk memperjuangkan undang-undang hudud dan undang-undang Islam sebelum menyertai PH, jadi mungkin itu yang sedang berlaku.
"Saya lihat dominasi DAP di sini adalah sangat kuat, jadi mungkin tindakan menyingkirkan PAS daripada PH ini adalah semata-mata untuk menjaga hati DAP," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Untuk rekod, hubungan kerjasama di antara DAP dengan PAS sudah terputus sejak tahun 2015 sehingga membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).
Ia berpunca daripada pertelingkahan berpanjangan antara DAP dengan PAS terutamanya dalam perihal yang membabitkan undang-undang Islam seperti hudud.
Sementara itu mengulas lanjut, Edwin melihat hasrat PH untuk memenangi PRU14 dan merampas Putrajaya akan gagal selepas mereka tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
Ujarnya, masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar hanya akan memberikan undi mereka sama ada kepada PAS atau Umno-BN sahaja seterusnya menyebabkan PH kehilangan majoriti pengundi Melayu.
"Pilihan Raya Umum ke-14 ini bukan lagi milik PH, itu sudah semestinya.
"Sekarang isunya adalah sama ada kita mengundi Barisan Nasional (BN) atau PAS kerana kedua-duanya BN melalui Umno, kedua-duanya membawa pendekatan yang sama.
"Semestinya mereka tidak akan mengundi PH terutamanya PPBM misalnya jika PPBM meletakkan calon, ataupun Amanah kerana semua ini kita tahu mereka adalah sekutu rapat kepada DAP, di mana masyarakat Melayu di kawasan luar bandar tidak memberikan sokongan kepada parti-parti yang mempunyai hubung-kait secara langsung dengan DAP," katanya.
Isnin lalu, PH mengumumkan untuk tidak lagi mengadakan rundingan kerjasama bersama PAS dalam mendepani PRU14 akan datang.
Keputusan itu sekaligus mengundang kejutan kerana dimuktamadkan di kala kalangan pemimpin PKR sedang berdebat mengenai rundingan bersama PAS, sehingga mewujudkan dua kumpulan yang bertentangan pendapat di dalam parti tersebut.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, merupakan individu yang dilihat cenderung dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan rundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, sungguhpun selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti terputus secara rasmi Mei lalu.
Isu rundingan PKR-PAS timbul selepas tersebarnya gambar kunjungan Azmin bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Malah Wan Azizah juga pernah dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan jalinan kerjasama berikutan membawa misi yang sama dalam kalangan pembangkang iaitu menumbangkan Umno-BN.
Pendirian pemimpin tertinggi PKR itu menyebabkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan peletakan jawatannya daripada Biro Politik, ekoran tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
Demikianlah Artikel Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keputusan PH tolak kerjasama dengan PAS mungkin dipengaruhi DAP, kata penganalisis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/keputusan-ph-tolak-kerjasama-dengan-pas.html