Judul : PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com
link : PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com
PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com
Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Roslan Harun berkata kehadiran Ketua Lajnah Dakwah PAS Lipis, Ustaz Mahyudin Lebai Ghazali itu langsung tiada kena mengena dengan mesyurat agung UMNO.
Beliau berkata, Ustaz Mahyudin hadir kerana memenuhi undangan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad bagi menerima sumbangan (zakat) untuk Mahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah yang diketuainya.
Selain beliau terdapat lima lagi wakil maahad tahfiz lain yang hadir untuk tujuan yang sama.
Menurut Roslan, berita kehadiran Ustaz Mahyudin tidak seharusnya menjadi isu untuk dipolitikkan oleh pihak yang memusuhi PAS atau menjadikannya bukti kononya PAS 'berUG' dengan UMNO atau menerima ‘dedak’.
“Saya berharap pihak yang menempelak PAS untuk mendapat keuntungan politik, wajar meminta maaf kerana cubaan memfitnah tanpa mengetahui isu sebenar hanya berdasarkan laporan media pro UMNO semata-mata.
“Cukuplah buat kerja begitu, marilah berpolitik secara sihat,” katanya.
Jelas Roslan, Maahd Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah sememangnya memerlukan dana untuk meneruskan kelangsunganya dan sedia menerima sumbangan dari sesiapa sahaja,
“Bila ahli parlimen jemput hadir untuk menerima sumbangan (zakat), Ustaz Mahyudin pun pergilah, dia sendiri tidak menyangka majlis itu adalah mesyuarat agung Umno,” ujarnya,
Mengaitkan kehadiran AJK PAS Kawasan Lipis tersebut dengan mesyuarat agung Umno sebagaimana dilapor oleh Bernama dan dipetik oleh MalaysiaKini adalah mengelirukan.
“PAS tetap tidak bersama Umno/BN dan Harapan, PAS selesa dengan Gagasan Sejahtera menawarkan rakyat dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera,” kata beliau.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Lipis, Sobirin Duli berkata, pengurusan maahad itu bergantung kepada infak orang ramai.
Katanya, sudah lebih setahun beroperasi di sebuah banglo yang diwaqafkan waris pemiliknya.
Tambahnya, sesiapa sahaja dialu-alukan dan pengurusan tidak menolak sebarang infak kerana Allah.
Siapa nak ambil peluang bolehlah infak melalui Bank Rakyat akaun bernombor 11-134-100037-2.
Beliau kesal ada pihak mengatakan sumbangan kerana Allah dianggap sebagai menerima dedak. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/pas-lipis-sangkal-dakwaan-ajk-mereka.html