Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com

Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com
link : Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Polis hari ini mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myammar selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis menerima aduan mengenai kehilangan jam yang ditinggalkan di dalam bas yang membawa pemain bola sepak wanita Malaysia ke Stadium UiTM di sini pada kira-kira pukul 10 malam semalam sebelum menahan lelaki berusia 26 tahun itu.

“Siasatan polis mendapati jam jenama Swatch edisi Khas Olimpik Rio 2016 berkenaan telah diambil oleh suspek, polis turut menemui semula jam tangan berkenaan di dalam bas yang dipandu oleh suspek.” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata Shafien, suspek kini direman sehingga Ahad ini (20 Ogos) dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan pemandu bas berkenaan sekali gus menyebabkan kelewatan skuad futsal wanita Myanmar untuk pulang ke hotel penginapan pemain selepas perlawanan menentang Malaysia semalam.

Mengulas isu itu, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam kenyataan media hari ini menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.

“MASOC juga ingin menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan berkenaan dengan KL2017, terutamanya berkenaan dengan keselamatan kontinjen, “ menurut kenyataan itu.

“MASOC juga telah mengeluarkan amaran khas kepada kontraktor atau operator pengangkutan KL2017 untuk membuat saringan semula yang lebih ketat ke atas para pemandu dan petugas mereka agar benar-benar bersih daripada sebarang kesalahan.

“Jika gagal, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, seperti penamatan kontrak serta-merta,” menurut MASOC.– Bernama



Demikianlah Artikel Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/pemandu-bas-sukan-sea-ditahan-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :