PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com
link : PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

 
Muhyiddin Yassin hari ini berkata PH akan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api yang akan meletakkan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan aset kereta api di bawah sebuah perbadanan baru.


muhyidin-yasin-ktmb-keretapi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan menawarkan 5 penyelesaian kepada pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekiranya menang pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata 5 resolusi bertujuan untuk mempertahankan kepentingan pekerja KTMB yang akan “kerugian” apabila kerajaan menandatangani Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) dengan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC).

Perjanjian itu akan mengasingkan pengendali perkhidmatan kereta api di bawah KTMB, dengan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan aset yang bakal diletakkan di bawah RAC.

Kesatuan Pekerja Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Mei lalu berkata mereka akan menolak perjanjian itu seperti resolusi 10 buah cawangan rangkaian kereta api terdahulu, kalau RNAA tidak dibatalkan.

RNNA dijangka akan ditandatangani 1 Januari 2018, mengikut rancangan kertas konsep.

“Kami dapati langkah kerajaan – khasnya kementerian pengangkutan – jika berterusan KTMB tidak akan dapat bertahan di masa depan. Kalaupun aset itu jana hasil ia tidak akan masuk semula kepada KTMB. Langkah ini membunuh KTMB,” kata Muhyiddin pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pakatan Harapan antara lain menawarkan pembatalan perjanjian RNAA itu dan memindahkan aset yang diletakkan di bawah RAC kepada KTMB bagi memaksimumkan nilai aset tersebut.

Menurut Muhyiddin, saiz RAC menghalang KTMB menambah pendapatan daripada sumber pembangunan berteraskan transit (TOD), termasuk pengiklanan serta jualan barangan.

“Kita juga akan melaksanakan tender terbuka untuk semua pembelian aset dan perkhidmatan serta tidak menswastakan KTMB,” katanya.

Presiden KPPKTMB yang turut hadir di sidang media hari ini berkata pihaknya berharap kepimpinan PH dapat menyelesaikan isu yang menurutnya akan menyebabkan pemberhentian 4,000 kakitangan KTMB.

“Nama (pun) Pakatan Harapan. Kami menaruh harapan kepada pemimpin ini supaya RNAA dibatalkan dan kereta api perlu dipertahankan,” kata Abdul Razak Md Hassan.

KPPKTMB pada 4 Mei lalu bertemu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung RNAA bagaimanapun tiada kata putus daripada mesyuarat itu



Demikianlah Artikel PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH tawar 5 resolusi pertahan pekerja KTMB jika menang PRU14 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/ph-tawar-5-resolusi-pertahan-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :