PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com

PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com
link : PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang tetap menyokong kerajaan negeri pimpinan DAP, meskipun pentadbirannya tercemar dengan penahanan Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang, Phee Bon Poh berkaitan isu kilang haram.
 
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman bagaimanapun berkata pihaknya menjarakkan diri dengan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengambil tindakan terhadap Phee yang didakwa menyalahguna kuasa.
 
"Apa pun yang dibangkitkan Norlela dilakukan atas kapasitinya sebagai ADUN Penanti.
 
"Kami menegaskan bahawa parti ini di Pulau Pinang adalah bersama kerajaan negeri.
 
"Kami berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada Phee dan melihat tindakan ini oleh SPRM sebagai penganiayaan terpilih terhadap pembangkang," katanya memetik laporan Malaysiakini, hari ini.
 
Mansor menambah, parti tidak akan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Norlela itu.
 
Bagaimanapun ada juga pemimpin PKR yang kurang senang dengan ucapan terima kasih Norlela terhadap SPRM itu.
 
Mereka menyifatkan tindakan Norlela yang dipercayai mengadu mengenai kilang haram itu sebagai kapasiti peribadi.
 
"Tetapi dia keterlaluan apabila mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang hanya mensasarkan pembangkang dan ikan bilis, bukan jerung besar seperti yang terlibat dalam skandal 1MDB," kata salah seorang pemimpin parti itu.
 
Kelmarin Phee yang juga ADUN Sungai Puyu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram yang memproses penapis karbon di Kampung Sungai Lembu.
 
Penahanan itu sebahagian daripada siasatan pelbagai agensi ke atas kilang berkenaan yang didakwa telah melanggar undang-undang alam sekitar dan sebagainya.
 
Kilang terbabit didakwa 'kebal' dan dilaporkan telah beroperasi secara haram sejak '10 hingga 15 tahun' lalu
 
Mahkamah Majistret pada semalam mengeluarkan perintah tahanan reman selama lima hari terhadap wakil rakyat DAP itu.
 
 


Demikianlah Artikel PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Pulau Pinang sokong pentadbiran DAP, tetapi menjarakkan diri dari Norlela beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/pkr-pulau-pinang-sokong-pentadbiran-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :