Judul : RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com
link : RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com
RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com
Saksi ke-8, Saleha Lajim mendakwa Tan Sri Lin See Yan mengarahkan Jabatan Akaun Negara membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan BNM berikutan kerugian yang dialami akibat dagangan mata wang asing.
PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus akaun di Jabatan Akaun Negara mendakwa timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan Jabatan Akaun Negara membuat
pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan bank pusat itu berikutan kerugian akibat dagangan mata wang asing.
Saksi ke-8, Saleha Lajim memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja, atas arahan itu Jabatan Akaun Negara menyediakan draf untuk dikemukakan kepada gabenor melalui penasihat untuk diluluskan, dan kemudian diserah semula kepada jabatan untuk dibuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan.
Saleha menamakan Tan Sri Lin See Yan sebagai timbalan gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Tan Sri Ahmad Mohamad Don sebagai gabenor dan Lee Siew Kwan dan Haji Fazli sebagai penasihat.
“Sebagai contoh, kerugian akibat forex itu akan dicajkan ke akaun rezab turun naik nilai pelaburan (investment fluctuation reserve) dan rezab turun naik kadar pertukaran (exchange rate fluctuation reserve),” kata Saleha.
“Seingat saya draf yang diluluskan oleh gabenor itu akan disimpan oleh Jabatan Akaun,” tambahnya.
Menurut Saleha, timbalan gabenor ketika itu membuat arahan itu secara lisan, dalam mesyuarat mingguan yang tidak diminitkan di Bilik Mesyuarat Timbalan Gabenor.
Menurut Saleha, Jabatan Akaun akan menyediakan laporan harian aktiviti tukaran mata wang asing yang dijalan Jabatan Bank, yang boleh menunjukkan jumlah harian forex dan status untung rugi aktiviti tersebut. Laporan harian itu kemudian disediakan dalam bentuk laporan mingguan yang akan dibawa ke mesyuarat bersama timbalan gabenor dan penasihat.
“Dalam mesyuarat mingguan yang diadakan, seingat saya kebanyakan status aktiviti forex yang dijalankan adalah mengalami kerugian dan perkara ini telah diketahui oleh timbalan gabenor masa itu.”
Menurut Saleha lagi, aktiviti forex ada dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan BNM tetapi: “Di dalam penyata tahun 1993 tersebut, ia tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan, tetapi telah dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda (deferred expenditure)”.
RCI ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal yang berlaku pada 1990-an di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika itu.
Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.
Demikianlah Artikel RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/rci-forex-bekas-pengurus-akaun-dakwa.html