Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com
link : Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh HAYAR HASSAN

Dalam dunia serba canggih ini, kita sebenarnya sukar untuk mengelak daripada menggunakan telefon pintar dan lain-lain alat-alat komunikasi moden. Tidak kira usia, agama, status dan budaya, rata-rata manusia yang normal dan mempunyai kemampuan ekonomi akan menggunakannya.

Pergi lah ke mana pun di Malaysia ini, kita akan menyaksikan kebanyakan rakyat akan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Memang lah setiap benda ciptaan manusia itu ada baik dan buruknya. Terpulang lah kepada orang yang menggunakannya. Orang yang bijak dan berakal sihat pastinya akan sentiasa mengambil manafaat daripada penggunaan telefon pintar. Seolah-olah kehidupan kita seharian terlalu amat bergantung kepada telefon pintar ! Itu lah realiti dunia kita hari ini.

Dengan penggunaan telefon pintar memudahkan kita melayari internet. Bagi pendukung pembangkang, internet adalah saloran maklumat dua hala yang cukup berkesan bagi menyampaikan maklumat-maklumat . Dua media utama yang amat popular sekarang ini adalah U-TUBE dan What’sApp.

Apabila surat khabar arus perdana dan stesyen TV negara dikuasai dan dimonopoli oleh parti pemerintah UMNO/BN, aktivis-aktivis dan pendukung pembangkang terpaksa beralih kepada penggunaan internet dan telefon pintar untuk menyalurkan maklumat. Ternyata internet dan telefon pintar lebih pantas dan berkesan dalam penyaluran maklumat berbanding dengan surat khabar dan saloran TV.

Penguasaan yang berlebihan ke atas surat khabar dan stesyen TV arus perdana membuatkan rakyat jemu dan beralih kepada media alternatif. Ini lah yang menyebabkan vedio-vedio U-TUBE cukup popular bagi kebanyakan penyokong dan pendukung parti-parti pembangkang.

Semenjak penubuhan Pakatan Harapan(PH), ternyata vedio ceramah-ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad di U-TUBE cukup popular sekali. Vedio bertajuk “Panas Berapi, Najib kena dengan Tun Mahathir” telah ditonton oleh 563,000 pengunjung(views). Vedio bertajuk “ Mahathir Dedahkan Siapa Najib Sebenarnya” telah ditonton oleh 511,000 pengunjung(views).

Akhir-akhir ini, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi salah seorang penceramah Pakatan Harapan, kehadiran orang ramai terhadap program ceramah itu amat besar sekali, mencecah pulohan ribu. Sepertinya ceramah-ceramah Tun Dr Mahathir Muhamad cukup diminati sekali.

Seperti yang diketahui umum, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap dengan bahasa yang mudah dan cepat difahami oleh semua pendengar. Beliau tidak mengemukakan istilah-istilah yang bombastic(susah & rumit) dan bahasa-bahasa yang berbunga-bunga. Pendek kata, mudah orang kampong untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Di samping itu beliau sempat juga menyelitkan sindiran tajam yang kadang kala melucukan sehinggakan semua pendenger tertawa gembira. Itu lah kelebihannya ceramah-ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini.

Pada pengamatan saya, pengikut dan penggemar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam UMNO/BN masih ramai lagi terutamanya mereka-mereka yang telah dipinggirkan daripada memegang jawatan di pelbagai peringkat kepimpinan UMNO. Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, mereka ini banyak mendapat habuan dan manafaat. Tidak hairan lah kalau mereka ini yang rata-ratanya orang lama dalam UMNO/BN masih menyokong beliau. Mana lah tahu orang-orang lama UMNO/BN ini mungkin dicalonkan oleh BERSATU dalam PRU ke 14 dan boleh menjadi YB lagi!

Kelebihan kepada orang-orang lama UMNO ini adalah kerana mereka sudah dikenali, mempunyai kedudukan ekonomi yang agak kukuh, mempunyai pengalaman yang luas dan masih mempunyai status yang agak tinggi dalam masyarakat. Nama-nama seperti Dato’ Sharif Omar, Tan Sri Sanusi Joned, Tan Sri Zainuddin Maidin, Dato’ Kadir Jasin adalah antara tokoh-tokoh orang lama yang sedang bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku akhir-akhir ini , kita merasakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sosok yang sukar untuk mengalah atau berundur ke belakang . Apabila beliau sudah menetapkan pendiriannya dalam sesuatu hal atau pun isu, beliau akan terus memperjuangkannya sehinggalah keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Itu lah kekuatan dan keistimewaan beliau sekarang itu.

Sepertinya ceramah-ceramah, laman blognya http://chedet.cc/ dan vedio-vedio U-TUBE Tun Dr Mahathir akan terus dicari dan dikunjungi oleh rakyat Malaysia, terutamnya yang mempunyai pemikiran yang sihat dan dambakan negara ini menjadi sebuah negara yang benar-benar demokrasi



Demikianlah Artikel Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rupanya U-Tube Tun Dr Mahathir Mohamad Amat Diminati Ramai ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/rupanya-u-tube-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Subscribe to receive free email updates: