Judul : Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com
link : Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com
Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com
PUTRAJAYA, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Istana Kehakiman hari ini mengikuti prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara Malaysia melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an.
Bekas perdana menteri itu tiba pada jam 9.04 pagi tadi, bersama dengan pembantunya bagi mengikuti pendengaran kedua suruhanjaya itu.
Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memulakan prosiding pendengaran saksi pada jam 9 pagi, dan dijangka beberapa individu bakal memberi keterangan.
Kes berkenaan disiasat apabila bank pusat itu dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.
Pada 15 Februari lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai Mohd Sidek untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit dialami BNM dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an dan mengemukakan syornya.
Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM. Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.
Suruhanjaya siasatan itu turut dianggotai Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail selaku Setiausaha, dengan empat lagi individu dilantik sebagai ahli suruhanjaya.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon serta Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia, K Pushpanathan.
Demikianlah Artikel Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M hadir dengar prosiding RCI siasat kerugian BNM beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/tun-m-hadir-dengar-prosiding-rci-siasat.html