Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com

Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com
link : Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Tan Sri Raus Sharif yang jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara berakhir malam tadi akan mengangkat sumpah secara rasmi malam ini sebagai hakim tambahan untuk kekal sebagai hakim tertinggi negara, menurut kenyataan media kerajaan.
Ia sehari selepas Badan Peguam mengumumkan akan mencabar keputusan pelanjutan jawatannya dan juga Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
Tempoh perkhidmatan Raus adalah untuk 3 tahun lagi mulai hari ini sementara Zulkefli akan kekal di jawatannya untuk 2 tahun lagi mulai 28 September. Raus bersara semalam sementara Zulkefli pada 27 September selepas mencapai umur bersara wajib.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung 10.00 malam ini di Istana Negara.
Pelantikan Raus dan Zulkefli terpaut kontroversi berikutan bantahan dari pengamal undang-undang, yang mengatakan tidak ada hakim Mahkamah Persekutuan yang boleh kekal selepas mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Bekas ketua hakim Tun Arifin Zakaria berkata beliau mencadangkan nama Raus dan Zulkefli kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac, pada hari terakhir persaraannya.
Hakim tambahan Mahkamah Persekutuan akan mengangkat sumpah di depan ketua hakim atau hakim paling kanan berikutnya jika ketua hakim negara tidak hadir, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 124 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana kerajaan membenarkan Raus meneruskan kedudukannya sebagai ketua hakim negara, Agong perlu menyerahkan watikah pelantikan sebelum Raus mengangkat sumpah.
Semalam, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan oleh Malaysian Bar berkata ia akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan “tidak berperlembagaan” Raus dan Zulkefli.
EGM juga memutuskan untuk memboikot semua acara sosial yang melibatkan kedua-dua mereka.
Semalam, pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum kepada Agong memohon campur tangan menghalang pelantikan semula Raus dan Zulkefli, yang didakwa tidak berperlembagaan. #sumber


Demikianlah Artikel Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/upacara-angkat-sumpah-tan-sri-raus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :