Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com

Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com
link : Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIA DATELINE

Wan Azizah Wan Ismail


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas dalam perkara penentuan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Memang objektif kita adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pembahagian kerusi di antara PKR dan PAS pada PRU akan datang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru.

Pas bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Sebaliknya, parti itu mempunyai gabungan sendiri yang dinamakan Gagasan Sejahtera.


Mei lalu, Pas memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Bagaimanapun, ia tidak menghalang beberapa pemimpin PKR termasuk Wan Azizah dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Azmin menjelaskan, kunjungan itu hanyalah suatu lawatan dan tiada perbincangan dilakukan.Azmin berkata walaupun Pas bukan sebahagian PH, partinya masih sudi membincangkan pilihan kerusi. Namun Azmin menegaskan sehingga ke hari ini masih tiada perbincangan rasmi dilakukan antara kedua-dua parti.

Menurut Wan Azizah, ruang perbincangan masih terbuka dan terbukti apabila arahan letak jawatan terhadap lantikan politik PKR dalam pentadbiran Kelantan yang dikuasai Pas, diubah setelah perbincangan dilakukan.

“Bila kita berkomunikasi, menteri besar Kelantan sendiri katakan masih perlu untuk kerjasama dengan PKR. Jadi kita okay, kalau mana yang dikekalkan, maka ia diteruskan,” katanya ringkas.



Demikianlah Artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah tidak tolak kebarangkalian bekerjasama dengan Pas beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/wan-azizah-tidak-tolak-kebarangkalian.html

Subscribe to receive free email updates: