'40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com

'40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com
link : '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


'40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com




Sebanyak 40 peratus cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Teoh Beng Hock telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Bekas pengerusi RCI berkenaan, Tan Sri James Foong berkata demikian ketika ditanya apakah beliau berpuas hati dengan tindakan itu sejak suruhanjaya itu menerbitkan laporannya pada tahun 2011.

"Peranan RCI adalah untuk mengetahui siapa yang betul dan kemudian membuat cadangan. Banyak yang gagal menyedari bahawa pentingnya membuat cadangan, yang baik untuk pembangunan masa depan negara," katanya.

Walaupun mengakui kerajaan mungkin tidak dapat melaksanakan 100 peratus cadangan RCI, beliau berkata dalam kes ini, sekurang-kurangnya 20 peratus hingga 40 peratus telah dilaksanakan.

"Dalam kes Teoh, penambahbaikan telah dilakukan dalam (proses) soal siasat, di mana mereka tidak boleh menyoal (saksi dan suspek) di bangunan yang tinggi," katanya.


"Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi jika saya berpuas hati, sebuah suruhanjaya telah dijalankan dan cadangan telah dibuat. Terpulang kepada kerajaan dan pihak-pihak lain untuk bergerak ke hadapan untuk memastikan ini tidak akan berlaku lagi.

"Mengenai mengapa tidak ada pendakwaan, ia bukannya RCI terutamanya pengerusi untuk memberi komen," kata Foong, yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Teoh adalah pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang dijumpai mati di ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai 2009 selepas ditahan semalaman untuk siasatan.

RCI menegaskan Teoh jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14 ke tingkat sembilan. Dia meninggalkan seorang tunang dan seorang anak lelaki.

Selepas mendapat banyak bantahan, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan RCI untuk menyiasat punca kematian Teoh.

Pada tahun 2011, ia menyimpulkan bahawa Teoh mati kerana bunuh diri akibat kaedah soal siasat yang agresif.



Demikianlah Artikel '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel '40 peratus cadangan RCI Beng Hock dilaksanakan' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/40-peratus-cadangan-rci-beng-hock.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :