ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com

ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com
link : ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor Dr. Daroyah Alwi dari  PKR menafikan laporan bahawa lapan ADUN parti berura-ura keluar daripada parti untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
ADUN Sementa itu menegaskan, perkara seperti itu tidak akan berlaku dan sebarang cubaan untuk mengambil alih kuasa di Selangor seperti mana yang pernah berlaku di Perak hanya sia-sia. 
 
"Yang disebut lapan ADUN PKR Selangor akan sertai sidang media (semalam). Itu memang tak akan pernah berlaku dan terlintas difikiran kami. 
   
"(Apa yang berlaku di Perak) tidak akan berjaya untuk (dilakukan) di Selangor.  Tidak akan (berjaya)," katanya. 
 
Sebuah portal berita hari ini memetik sumber sebagai mendakwa lapan ADUN PKR semalam sepatutnya keluar parti untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan PKR. 
 
Sebaliknya hanya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang keluar PKR untuk menyertai Umno. 
 
Daroyah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dalam kerajaan negeri berkata, beliau bersama-sama dengan semua ADUN Pakatan Harapan (PH) berdiri teguh dibelakang Azmin. 
 
"Sudah tentu, kita kekal dengan prinsip (untuk) bersama dalam perjuangan PKR. Walau apa pun yang akan menganggu-gugat, kita tetap teguh dengan prinsip perjuangan PKR bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah. 
 
"Dan di Selangor bersama Datuk Seri Azmin Ali. Itu kami tak berbelah bagi dalam hal tersebut," tegas beliau.    
 
Semalam Muhammad yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor mengumumkan keluar PKR kerana kecewa parti itu tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.
 
Muhammad menyertai PKR pada tahun 2015 setelah dua tahun menyertai PAS.  
 
Beliau sebelum itu sekian lama bersama Umno di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden dan Ketua Penerangan parti.
 
 


Demikianlah Artikel ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN PKR nafi cubaan dipancing untuk jatuhkan Azmin beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/adun-pkr-nafi-cubaan-dipancing-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :