Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com

Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com
link : Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau tidak membantah jika wujud rundingan antara partinya dengan PAS.
 
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu hari ini, bekas ketua pembangkang itu berkata PKR konsisten untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan sekiranya wujud rundingan bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan'.
 
"Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU14. 
 
"Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN (PKR) dengan Pakatan Harapan. 
   
"Saudara Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. 
 
"Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN (PKR) adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat," katanya.
 
Tambah Anwar, beliau akui keadaan pada masa kini lebih rumit lantaran PAS enggan bersama PH, tambahan pula kerisauan yang disuarakan rakan komponen PH lain mengenai ura-ura kerjasama PAS-Umno serta faktor pilihan raya umum yang mungkin berlaku bila-bila masa. 
 
"Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera KEADILAN bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah," ujarnya, merujuk kepada pertelingkahan yang berlaku di kalangan pimpinan parti.
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
 
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
 
Rafizi pada minggu lalu juga mencadangkan agar parti menganjurkan Kongres Khas bagi membincangkan isu rundingan bersama PAS. 
 
Mengulas perkara itu, Anwar berkata beliau tidak keberatan dengan cadangan tersebut namun mempersoalkan keperluan penganjurannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. 
 
"Malah dengan kemungkinan PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera. 
 
"Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN (PKR) dan muafakat Pakatan Harapan. Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti," jelas Anwar.
 
 


Demikianlah Artikel Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar tak bantah rundingan PKR-PAS asalkan patuhi kerangka PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/anwar-tak-bantah-rundingan-pkr-pas.html

Subscribe to receive free email updates: