Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com

Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com
link : Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.
Empat jawatan diisi oleh pemimpin PKR, manakala pemimpin BERSATU diberikan dua jawatan dalam struktur kepimpinan baru itu.
Azmin melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir. Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid Asari (BERSATU) dan Sivarasa Rasiah (PKR).
Selain Azmin dan Sivarasa, pemimpin PKR dalam barisan baru itu ialah anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai setiausaha dan ADUN Seri Andalas, Xavier Jeyakumar selaku pengarah pilihan raya.
Sementara itu, speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dari DAP dilantik sebagai bendahari manakala Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebagai pengerusi biro undang-undang.
Dari parti AMANAH, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dilantik sebagai penolong setiausaha dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto.
Anggota majlis kepimpinan BERSATU, Datuk Dr Sukiman Sarmani pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Barisan kepimpinan baru itu diumumkan selepas mesyuarat antara pemimpin HARAPAN Selangor, awal hari ini.
"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," tambah Azmin.
Azmin sebelum ini dikritik sekutu dalam HARAPAN kerana didakwa enggan mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di peringkat negeri.
Ini kerana PAS masih merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri hasil daripada kerjasama dalam gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat.
Imbangan kuasa ini dijangka berubah dalam pilihan raya akan datang apabila PAS memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti-parti HARAPAN. - MK

Berikut adalah senarai Jawatankuasa HARAPAN Selangor:
Pengerusi: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR)
Timbalan Pengerusi: YB Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid (PPBM), YB Sivarasah Rasiah (PKR)
Setiausaha: YB Zuraidah Kamaruddin (PKR)
Penolong Setiausaha: Kamarul Hisham (AMANAH)
Bendahari: YB Hannah Yeoh (DAP)
Pengarah Pilihanraya: YB Dr Xavier Jayakumar (PKR)
Pengarah Penerangan: Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM)
Pengerusi Manifesto Negeri: YB Saari Sungip (AMANAH)

Pengerusi Biro Guaman: YB Gobind Singh (DAP) 


Demikianlah Artikel Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/azmin-umum-kepimpinan-harapan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :